Selasa, Oktober 1

Tentang Hati

Orang kata..
Hati itu sukar dimengertikan.

Apa ada pada hati.??

kehebatan Istighfar : Kisah Imam Ahmad dan Pemuda Penguli Roti

Suatu hari, Imam Ahmad sedang mengembara, beliau ingin menumpang tidur disebuah masjid. Namun dihalang oleh penduduk kampung, mujurlah ada seorang penguli roti yang sudi menumpangkan Imam Ahmad dirumahnya.

Pada Suatu malam, ketika hendak tidur Imam Ahmad terlihat lelaki penguli roti itu terkumat-kamit mulutnya sebelum dia tidur.  Lalu Imam Ahmad pon bertanya mengapa lelaki itu berbuat demikian. jawab lelaki itu dia beristighafar. itulah yang dia amalkan sebelum tidur.

Imam Ahmad bertanya lagi, Apakah kelebihan istighfar?
lalu lelaki itu menjawab, Alhamdulillah, semua hajat dia termakbul kecuali satu perkara.
apakah hajat itu ? tanya Imam Ahmad.
dan lelaki itu menjawab,  aku ingin bertemu dengan Imam Ahmad!!

Astagfirullahalazim...

Self Reminder


Membuat seribu kebaikan 
tidak melayakkan kamu 
menjadi malaikat,

namun dengan satu kesalahan, 
sudah cukup untukmu 
dinilai sebagai iblis. 

itulah hukum kehidupan dunia. 

Kita Sebenarnya ..... ???

Kita memang suka buruk sangka dengan orang kan?

eh, tak!! 

kita sebenarnya lebih suka buat orang buruk sangka dengan kita.

bukan.bukan.bukan. 

kita sebenarnya lebih suka melagakan orang daripada mendamaikan.

hmmm, semua salah.. 

yang sebetulnya, 
syaitan sangat suka melagakan anak Adam dan kita pula terpedaya dan hanyut dalam pertengkaran. Alangkah baiknya jik kita scan diri masin-masing daripada meyalahkan orang lain. alangkah baiknya jika kita mendamaikan daripada menjadi batu api.. 

Ahad, Ogos 18

jangan fikir sangat.

Saat diri tidak merasa bahagia 
seperti yg kita dambakan, 
mungkin kita perlu bahagiakan org lain terlebih dahulu.
 Kita mungkin tidak mendapatkan kebahagian daripada seseorg/sesuatu yang kita harap dan inginkan tetapi kebahagian itu mungkin dapat kita perolehi saat kita membahagiakan orang lain..

Ahad, Julai 28

Renungan Diri

kita ni miskin, terlalu banyak hajat.
kita ni degil,terlalu sedikit taat
mujur, Allah itu maha kaya dan maha pengampun
hajat kita dipenuhinya. degil kita mahu juga diampuninya

p/s : maka nikmat tuhan kamu yang manakah lagi yang hendak engkau dustakan?

Ahad, Julai 7

Perbualan Rasulullah S.A.W dengan Iblis


Rasulullah bertanya :

Rasulullah  :  Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak Solat?
Iblis            : Aku merasa panas dinding dan gementar.
Rasulullah  :  kenapa?
Iblis            : Sebab setiap seorang hamba bersujud 1kali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1
                     darjatnya.

Rasulullah  : Jika seorang umatku berpuasa?
Iblis            : Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.

Rasulullah  : Jika ia berHaji?
Iblis            : Aku seperti orang gila.

Rasulullah  :Jika ia membaca Al-Quran?
Iblis            : Aku merasa meleleh laksana air timah di atas api.

Rasulullah  : Jika ia bersedekah?
Iblis            : Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji
Rasulullah  : Mengapa boleh begitu?
Iblis            : sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya iaitu : Keberkahan dalam hartanya,
                     hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api
                     neraka, dan terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dari dirinya,

Rasulullah  : Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?
Iblis            : Suara kuda perang di jalan Allah.

Rasulullah  : Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis            : Taubat orang yang bertaubat”

Rasulullah  : Apa yang dapat membakar hatimu?”
Iblis            : istighfar di waktu siang & malam”

Rasulullah  : Apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
Iblis            : Sedekah yg diam2”

Rasulullah  : Apa yg dpt menusuk  matamu?”
Iblis            : Solat fajar”

Rasulullah  : Apa yg dpt memukul kepalamu?”
Iblis            : Solat berjemaah”

Rasulullah  :Apa yg paling mengganggumu?
Iblis            : Majlis para ulama”

Rasulullah  : Bagaimana cara makanmu?”
Iblis            :Dengan Tangan kiri dan jariku”

Rasulullah  : Dimanakah kau menaungi  anak2mu di musim panas?”
Iblis            :Dibawah kuku Manusia”

Rasulullah  :Siapa temanmu wahai iblis?”
Iblis            :PenZina”

Rasulullah  :Siapa teman tidurmu?”
Iblis            :Pemabuk”

Rasulullah  :Siapa tamumu?”
Iblis            :“Pencuri”

Rasulullah  : Siapa utusanmu?”
Iblis            : Tukang Sihir (Dukun)”

Rasulullah  :Apa yg membuatmuGembira?”
Iblis            :Bersumpah dgn Cerai”

Rasulullah   : Siapa kekasihmu?”
Iblis             : Org yg meninggalkanSolat Jumaat”

Rasulullah   :Siapa Manusia yg      paling membahagiakan  mu?"
Iblis : Org yg meninggalkan  Solatnya dgn Sengaja

Ahad, Jun 30

Rumput Yang Mulai Mengering

Seperti mana rumput yang mulai mengering..
begitulah harapan yang aku kuburkan.
Aku telah belajar sedikit demi dikit untuk menjadi redha.
Aku terima segala ketentuan ini..
saat ini aku benar-benar perlu pergi jauh.
ya.. tiada yang lain selain mengundur langkah.
aku kena tinggalkan semua ini.. 

dan rumput-rumput bertambah kering...
bertambah jua lah jarak antara kita.
sehasta demi sehasta,
lama-lama menghilang..
lupus dari ingatan ..

rumput kering merindukan hujan..
airmataku kering kerana merindu kamu.

Nasihat Untuk Hati


Yang Manis,
Jangan Terus Ditelan,
Ia Racun Pertunjukkan Silap Mata.
Ambillah Ia Dengan Waspada..

Yang Pahit,
Jangan Terus Dibuang,
Ia Ada penawarnya,
Pengubat duka segala Nestapa.

Renungan


'' Menasihati orang yang bersalah itu tak salah, 
yang salah ialah mencari dan memikirkan kesalahan orang lain''


Rabu, Jun 26

Sebuah Kemaafan

Musa Bin Imran bertanya : 

''Hai tuhanku. siapakah hamba-Mu yang paling mulia disisimu? ''

Lalu Allah s.w.t berfirman :

''Siapa yang mengutamakan kemaafam sedangkan dia 
mampu untuk membalas kejahatan itu '' 

Monolog Hati : Jangan Pernah Putus Asa.

Pernahkah kau merasa hampir putus asa?
Jatuh bangkit,
lalu dikirimkan seorang hamba,
mnghulur tangan dan senyuman,
walau ianya sementara.
tapi ia sangat bermakna.
Allah itu brlaku Adil,
setiap pemergian akan ada pengganti.
keep istiqamah dalam hijrah,
jangan pernah jauh dari-Nya.
Hidup bukan untuk manusia,
tapi tiket untuk meraih syurga.

Rabu, Jun 19

Keperitan Yang Sebenar.

"Sudah aku merasakan kepahitan 
dalam hidup dan yang paling pahit sekali 
ialah berharap kepada manusia"

**Saidina Ali Bin Abu Talib**



Hidup ini kembarnya ujian. Kalau tidak diuji, tidak adalah kehidupan itu sebenarnya. Ujian itu dirasakan perit andai kau jauh dari pertolongan Yang Maha Esa dan kau berharap pada pertolongan manusia..