Khamis, Disember 21

Selamat Pulang Ke Negeri Abadi, Nenda Yang Mek Kasihi..



Innalilahi wa inailahi rojiun, Sesungguhnya semua manusia yang di dunia ini pasti akan kembali padaNya.

4/9/17, 7.30 PM.. Pulangnya Allahyarham Hajah Bidah bt Ab Hamid ke sisi penciptanya Yang Maha Agung.. Sebut Sahaja Mak Aji atau Mak Su Bidah, sudah tentunya terkenal dalam kalangan peniaga lama dalam Pasar Besar Machang. 

5/9/17 , 11.30 AM, Jasadnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakat, Machang Kelantan. Disisi pusara arwah Tok Ayah, Che Mahmud Che Mad..
------------------------------
Hari ini telah genap seminggu kepulangnnya ke alam baqa'. (Saat entry ini di terbitkan ke blog, arwah nenda sudah 110 hari meninggalkan mek)..  Ada rasa rindu yang tak sudah hinggap di sanubariku.. Bagaimana mungkin air mataku tidak mengalir saat menghadiahkan bacaan Al-fatihah buatmu apatah lagi setiap kali Mek bersolat.. rindu itu pasti bertamu.. kerana nendalah yang mengajar dan membetulkan bacaan Al-Fatihah Mek.
------
"Alhamdulillahirabbil A lamin" - baca ku.
"Baca molek gak, sokmo tok betul. Tengok huruf gapo tuh.. ain.. bukey alif... Bacanya a" - tegur beliau kepadaku yang kerap kali mengulangi kesalahan sama..
-------
Beliau bukan sahaja seorang nenek bagi ku.. bahkan beliau merupan guru al-quran pertama ku sejak kecil.. beliaulah yang mengenalkan aku dengan kalimah-kalimah al-quran.. membetulkan bacaanku.. mengajarkan aku berwudhuk.. solat.. dan menegurku dalam hal berkaitan ibadah... Semoga amal kebaikannya diterima di sisiNya, kerana itulah hadiah yang selayaknya atas jasa-jasa beliau selama ini.
...
Kismis.. Oren.. Anggur Hitam.. itulah kegemaran beliau. Selalu beliau belikan untuk anak cucu dan kepada anak-anak didik yang berguru al-quran dengannya.. Oh ya.. biskut semperit, kek span(sarang semut) cik ida buat, dan ketupat juga merupakan kegemaran nenda.. pasti ku ingat selalu..
..........
Johor Bahru dan Kelantan cuma lah jarak yang memisahkan kita nenda, 8 tahun penderitaan mu berakhir sudah.. sabarnya dirimu menempuh ujian ilahi. nenda.. hanya doa dikirim dari kejauhan.. berehat lah dengan tenang.. semoga rohmu dicucuri rahmat swt. Semoga allah mengampunkan segala dosa-dosamu. Amin..
----------------------
Kehidupan bukan bermula dari kelahiran, Tidak pula berakhir dengan kematian.. Sesungguhnya kehidupan bermula dan berakhir dari kehendak Mu Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

assalamualaikum awak... jemput tinggalkan komen kat rumah saya ni yer.. tinggalkan emoji pon tak mengapa.. semoga ukhwah berkekalan.. dan jemput datang lagi.. jangan malu-malu yer. kita kan saudara..