Ahad, April 29

Ya Allah, Bantulah Aku Dalam Mendidik Kesabaran



Dalam kitabnya, Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad membahagikan sifat sabar ini kepada empat kategori.. 
  1. Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t. 
  2. Sabar terhadap perkara-perkara maksiat 
  3. Sabar terhadap perkara-perkara yang tidak diingini 
  4. Sabar terhadap hawa nafsu

Sabda Rasulullah SAW , 

"Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda, 

"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) 

Sabda Rasulullah SAW yang lain pula , 

"Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi) 

Rasulullah SAW juga telah bersabda,

"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

Saiyidina Ali Abu Talib juga telah bermadah tentang kesabaran yang berbunyi: 
"Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.



Ayuh Marilah kita mengamalkan doa ini selalu semoga allah menjadikan kita orang yang sabar dan dengan keabaran itu semakin bertambah teguh keiman kita kepada-Nya.

SURAH AL-BAQARAH: AYAT 250


Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang  kafir".

Amin,amin, amin ya rabbal alamin.. 

*Mek Ayyue yang masih menjinakkan qalbu yang ego untuk mendidik kesabaran.. 

nota kaki : sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.. 

Selasa, April 24

Kerisauan Imam Al-Ghazali

"Aku tidak pernah rasa sedih ketika matahari terbenam kecuali kerana aku risau umurku ini makin meningkat tapi amalku masih belum bertambah." -  Imam Al Ghazali Rahimahullah -
Subhanallah.
Semoga renungan ini mampu menyedarkan kita bahawa masa di Dunia ini bukan untuk dihamburkan dengan sia-sia.
Namun hendaklah kita gunakannya untuk berbuat amal kebajikan dan menjadi bekalan kita ke Akhirat sana.
Sama-sama kita muhasabah diri.

Pendosa Ingin Ke Syurga

Buat Dosa
......
Dengar Zikir
......
Sebak
.....
Allahu.. Bersyukurlah Allah 
jentik rasa bersalah. Allah masih
peduli tentang kita.. 

Nota Kaki : Baik kan allah ? setiap waktu DIA menghampiri kita dalam pelbagai cara.. cuma... kita yang meminggir dari DIA. 

Add? Edit? atau Delate?


Kita Cuma Manusia Biasa, yang sentiasa ADD dosa, 
Tiada butang DELETE untuk memadam kenangan lampau.
 tetapi,
 kita ada butang  EDIT untuk mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik. 

Nota Kaki : Editlah Hidupmu sesuai dengan perintah Allah dan mengikut Sunnah Rasul-Nya s.a.w.
 
 

Inspirasi Kehidupan : Hidup Umpama Mengayuh Basikal.


Sekalipun berada di jalan yang benar, 
tetapi apabila kita berhenti berjalan,
 kita akan digilis dari belakang. 

Ya.. Hidup umpama mengayuh basikal.
 selagi kita tidak berhenti mengayuh, 
selagi itulah kita takkan jatuh. 

Nota kaki : Mek Ayyue dah lama tak kayuh basikal. nanti kumpul duit beli basikal.. 






Monolog Seorang Aku..


Cuba untuk mengerti, tapi mengapa tak sebati. 
berusaha untuk memahami, tapi mengapa sering disalah erti.
Apakah tuhan menguji untuk melihat diri retikah menghargai? 
atau sebenarnya diri yang dah penat menanti?

Bercakap dengan emosi sememangnya tak pernah membuah solusi. 
yang ada cuma persepsi dan imaginasi yang kompleks lagi menyusuli. 
balik-balik pangkat dan darjat kau imbangi. 

bukan tak pernah bersama yang lebih dari yang ku miliki.. 
tapi tetap juga tak menjadi tanpa restu ilahi. 
maka ini bukanlah penyebab yang hakiki. 
fikirlah seketika,
bukan dari minda yang disakiti, 
tapi dari hati yang memahami,
sementara hati belum berpaling, 
ku saran dirimu menilai semula kisah yang terjalin. 
takut bila dan berpaling, pandang tidak, jeling apatah lagi.. 

Rabu, April 18

2 Perkara


Dua Perkara ini akan menunjukkan siapa 
diri kita yang sebenarnya

*  Kesabaran kita tatkala kita tak memiliki apa-apa.
*  Sikap kita ketika kita memiliki segala-galanya.. 

Rumput Yang Di Pijak


Jangan Kau Hinakan Rumput Yang Kau pijak..
Padahal nantinya kau akan terbaring abadi dibawah tanahnya.

Jadilah Seperti Rumput, Biar Terinjak namun tetap subur diketiak langit.
terkadang rebah bersama lalang.. namun rumput itulah yang berguna menghijaukan bumi yang gersang.

Ahad, April 15

Wahai Diriku..


Susah Kita, Hanya Kita Yang Tahu dan Rasa. 
Semoga Hatiku Mampu Untuk Terus Sabar. 
Semoga Iman Ini Sentiasa Yakin 
Bahawa
Allah Akan Gantikan 
Semua Kedukaan,Keperitan dan Kesakitan ini 
Dengan Kebahagiaan di Dunia Dan Akhirat... 

Wahai Mek Ayyue.. 
Teruskan Jadi Kuat dan Bersabar..