Selasa, Januari 22

Adakah Kamu Berhak Buka Aib Orang??

Mengapa jika ada perselisihan faham sesama manusia,
manusia itu amat susah untuk mengekang nafsu menghina.. 


"asal tak suka je, menghina".


Adakah itu adat kita sebagai orang melayu yang penuh santun bahasanya?
Atau...
Adab yang dianjurkan oleh Agama kita Islam yang penuh kedamaian?

Pastinya TIDAK!!!

siapa kamu sebenarnya hingga kamu rasa kamu layak untuk menghina orang lain?  sedangkan Allah s.w.t sendiri pun menutup aib setiap hamba-Nya.. jadi apa hak kamu untuk membuka aib orang lain? 



Semarah mana pon kita pada orang tu cuba la selesaikn dgn BERHEMAH. Cuba selesaikan dengan cara yang terbaik agar sama2 tak mengAIBkan dan diAIBkan.. 

NotaKaki : Antara sebab saya tak ada ramai kawan kalau saya terdengar ada orang buka aib sesiapa (mengumpat)  automatik saya makin menjauhkan diri dari orang itu. kerana saya tahu, suatu hari nanti dia pasti akan mengaibakan saya (mengumpat hal saya) di hadapan orang lain juga. Betul tak??

Sakit Itu Amaran Allah.

SAKIT HANYA SEBAGAI SIGNAL DARI ALLAH

Ada pepatah berkata: “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”

Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita: “Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.

Rabu, Januari 9

Resah..

Sesungguhnya Allah menguji mengikut kemampuan hamba-hambanya, mungkin aku yang tak pandai bersyukur atau aku yang gelap hati, ataupun juga memang sifat aku yang suka menyalahkan diri orang lain..  

awal tahun 2019 yang meresahkan..  sesak nafas dan dada ini, menjelang zohor 9Januari. entah apa yang Allah utuskan untuk aku yang membuatkan aku sedar... bahawa sememangnya aku yang memohon kepada Allah supaya jangan DIA menguji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tanggung.. 

selama ini aku yang jahil tak nampak dimana baiknya Allah itu... aku cuma nampak dia beri aku sakit. ya sakit yang aku rasa aku tak mampu nak tanggung, tapi hakikatnya ALLAH tahu aku mampu tanggung... 

selama ini aku sangka ALLAH kejam dengan aku... bodoh nya diri aku... Aku lupa yang aku sendiri minta pada DIA supaya jangan uji aku dgn sesuatu yang tak mampu aku tanggung.. jadi bila DIA beri aku KANSER maksudnya aku mampu lah tanggung semua tu kan... 

Astaghfirullahalazim... Ya Allah, Maafkan aku kerana aku buta dalam menilai kebaikan-Mu, aku gagal mensyukuri nikmat-Mu. aku yang alpa...