Khamis, Mac 7

Munajat Diri


Jari telunjuk ini diangkat tatkala lidah mengakui hanya 
KAU tuhan yang layak disembah dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah. 

Selasa, Mac 5

Sastera Dihati : Sajak Peribadi : Wujudkah Yang Abadi.


Wujudkah yang abadi?
sedangkan setiap yang hidup pasti akan mati.
hidup cuma seketika, awal menunggu akhir, 
antara meninggalkan dan ditinggalkan. 
kita berduka dan mereka pun kan berduka,

kehilangan yang ku takutkan, 
tapi, 
aku juga takkan kekal didunia ini bukan? 
hari ini kulihat orang lain kehilangan, 
esok mungkin aku kan hilang, 
mampukah aku menempuhi kehilangan? 
mampukah kehilanganku diterima orang? 
terutamanya wajah-wajah yang kusayang.
semuanya rahsia tuhan. 

ku bukan penghibur, 
ku tak pandai berbicara, 
bukan aku sipemujuk sang merajuk,
aku cuma ada doa,
disedekahkan buat roh yang telah hilang,
moga mendapat ampunan tuhan,
dikirimkan buat hati dan jiwa yang kehilangan, 
moga tabah mengahadap ujian.

Ayuh teman yang kehilangan,
yang hilang bukan untuk ditangiskan,
yang hilang itu suatu pesan tuhan,
tiap yang hidup pasti rasai perpisahan,
ayuh bangkit selagi berpeluang, 
teruskan langkah hingga pulang ke pangkuan.


Pertolongan Allah Untukku : Penawar Al-Mulk.

Bismillah..Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta seluruh para sahabat baginda.. Terima Kasih Allah atas nikmat untuk hambamu ini bernafas lagi dipagi ini.. sesungguhnya benar kata-kataMU bahawa kamu menguji mengikut kemampuan hamba-hambaMu. 

Sejak sakit, aku sukar mahu tidur, aku tak pasti mengapa, tapi bila aku terlena, terasa dalam diri seakan-akan diriku dibawa jauh, macam dihanyutkan entah kemana, lalu aku lekas sedar dari "perasaan" (tak pasti samaada perasaan atau mimpi) yang seakan-akan benar-benar terjadi itu.. memang benar tidurku amat terganggu. jadi bila tak cukup tidur ni, badan makin tak sihat. sakit kepala, rasa lemah badan.. 

Tahukan anda Hikmah besar disebalik kejadian aku tak dapat tidur sekian lama itu? haa... mai nak story kat you olls. Allah ni baik, Allah uji kerana sayang pada hamba dia. Tapi setelah baca apa yang aku coretkan ini, jangan pula kamu kata aku mendedahkan aib diri sendiri ya, aku menulis sekadar untuk berkongsi rasa dan niatku cuma nak ajak kamu bersama-sama merenung hebatnya kuasa ujian Allah dan hikmah nya kepada hamba yang sedang diuji. 

25 Tahun usiaku sekarang, aku memang ada kebolehan baca al-quran, tapi aku lemah bab hafal Doa Qunut. sejak kecil aku hafal, sampai sekarang belum mampu ku hafal dengan betul, bertukar ayat sana-sini.. tapi inilah yang aku nak cerita hikmah dari tak dapat tidur tu. entah apa yang allah jentik dalam hati aku, aku tergerak hari untuk hafal doa qunut sebagai "jajan" tak boleh tidur. macam orang makan popcorn sewaktu tengok wayang, aku pulak hafal doa qunut sambil tenung ceiling dan dinding.huhuhu.. alhamdulillah, aku berjaya juga akhirnya.. terima kasih allah...  

setelah diteliti, ooo, patut laa allah uji aku sebegini, 
mungkin sebab kekurangan aku sendiri iaitu gagal hafal doa qunut dengan sempurna.aku yang gagal memahami makna doa itu yang bermaksud: 
YaAllah! Tunjukkanlah kami bersama orang yang Engkau beri petunjuk. Dan sihatkanlah kami bersama orang yang Engkau beri kesihatan.Muliakanlah kami bersama orang yang Engkau beri kemuliaan. Berkatilah kami bersama orang yang Engkau beri keberkatan.Dan peliharalah kami daripada kejahatan yang Engkau tentukan.Sesungguhnya Engkau penentu dan tidak ditentukan.Dan Sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau muliakan. Dan tidak mulia orang yang Engkau hinakan.Maha Mulia Engkau Tuhan kami dan Maha Tinggi, maka bagiMu jua segala kepujian atas apa yangEngkau tetapkan.Kami memohon ampun dan bertaubat kepadaMu.Dan semoga Allah melimpahkan rahmat bagi Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Allahu, menitis jua air mataku (macam menang tempat pertama pidato piala diraja) bila berjaya hafal doa qunut serta dapat memahami maknanya.. Maafkan aku Allah kerana berburuk sangka padamu.. kau uji aku, kau juga jentik rasa nak hafal doa tu dan akhirnya kau jua yang buka ikatan lidahku serta beri aku kefahaman ini.. Allah Maha berkuasa.. Aku faham sekarang, kau nak aku merindu berdoa padamu dengan sempurna bukan?? Terima kasih Allah.. 

eh!! eh!!! tajuk fasal Penawar Al-Mulk, tapi tulis melalut pasal Doa Qunut. Apa dah jadi dengan Mek Ayyue ni?? haha.. maaf..maaf... sebenarnya aku pun tak tahu bagaimana "tips" ini berkesan untuk membuatkan aku tidur lena tanpa gangguan rasa "dihanyutkan" itu dan aku mampu tidur awal sekarang
 bukan jam tiga-empat pagi macam selalu. aku rasa inilah pertolongan Allah untuk aku dengan menjentik rasa nak baca Surah Al-Mulk Ayat 1 hingga 30 pada malam itu. habis je baca ayat ke-30 (walaupun merangka-rangkak) aku terus rasa mengantuk.. Allahu.. nikmat nya perasaan bila dah dapat tidur tu.. segarnya rasa dipagi hari bila dapat rehat yang cukup. Alhamdulillah.. dah malam ke-3 aku guna "tips" atau sememangnya pertolongan dari Allah itu untukku.. sebelum tidur baca surah Al-Mulk, dan aku rasa mengantuk, dan tidur tanpa gangguan.. Yeayy!!!seronok nya..  Terima Kasih Allah..  

aku menulis sekadar menceritakan apa yang aku alami, tapi jika kamu ada masalah tak boleh tidur macam aku, dan kau baca surah  Al-Mulk tapi tetap juga tak boleh tidur,kamu jangan salahkan saya. seeloknya dapatkan nasihat doktor. erm.. berkaitan dengan kelebihan surah tersebut aku juga bukanlah orang yang layak untuk membuat sebarang kenyataan. aku cuma baca dan cuba memahami maknanya sahaja. sebelum catatan ini ditulis, ada juga aku rujuk ke laman 
web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM). boleh ke link berikut. 
 http://www.islam.gov.my/e-hadith/326-kelebihan-membaca-surah-al-mulk. 

dan berikut adalah catatan yang saya "copy" dari laman web tersebut : 

Kelebihan Membaca Surah al-Mulk
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
 
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan)

Huraian Hadith: 
  1. Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
  2. Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin