Khamis, Disember 20

Bicara Dari Hati

Bila hati kadangkala terasa ingin mengalah..
malas sudah untuk terus melangkah..
...
aku diam seketika, pandang ke langit, 
hela nafas sepanjangnya.. kenang kembali alasan mengapa selama ini aku masih kuat dan 
mampu bertahan.
... 
Ya.. aku kuat kerana janji Allah dalam surah An Nahl: 18, bermaksud "Jikalau kamu hendak menghitung akan nikmat-nikmat-Ku maka kamu tidak akan dapat menghitungnya.” 
...

Memang benar aku yang lupa bersyukur. 
...
 “ Maha Suci Engkau Ya Allah, Sesungguhnya Aku Tergolong Dalam Golongan Hamba-hamba Mu Yang Zalim…”

-------------------------------------------------------------------
Nota Kaki : Jom Makan Ubat, aku tahu.. ubat cuma ikhtiar, kesembuhan itu milik Allah.. Apapun terjadi, bertahanlah diriku, meskipun kau sakit, kalau kau bertahan,  ertinya kau menang. Kau kan ada Allah.. DIA maha tahu..  

Ahad, Disember 2

Remind For Myself (ii)

Jangan Pernah Letakkan Harapan Itu Terlalu Tinggi, 
Takut engkau tak tercapai nanti ,
jatuh tersungkur, sakitnya hanya tuhan yang tahu..  

Ahad, November 18

Remind For My Self (i)

Andai diri kau berputus asa,
Bacalah ayat ini :

"Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan 
kesusahan dan dukacitaku hanya kepada Allah S.w.t.
{Surah Yusof : 86}

Nota Kaki : Ya Allah, jangan kau biarkan aku jauh dari rahmat dan kasih sayang-Mu


Selasa, November 13

Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa.


Perkara Salah Tetap Menjadi Kesalahan 
Walaupun Semua Orang 
Buat Perkara Itu.  

Perkara Yang Betul Tetap Menjadi Betul 
Walaupun Cuma Kamu Seorang Yang Melakukannya. 

Ingat Tuuuuu!!!!! 

Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa..  

Ahad, November 4

Aku Yang Sedang Menanti..



Setiap KESABARAN ini akan terganti oleh 
KEMENANGAN.
....
Setiap KEDUKAAN ini akan terganti oleh 
KEBAHAGIAAN.
....
Setiap PERPISAHAN  yang lalu akan terganti oleh
PERTEMUAN.
.....
Setiap yang BERAKHIR akan bertukar dengan 
PERMULAAN BARU.
.....
Setiap Kejadian Pasti Ada Hikmah yang akan Allah s.w.t berikan.  

Selasa, Oktober 30

Inspirasi Dari Kasut.


Persahabatan Itu Umpama Sepasang Kasut, 
Bentuknya Tak Semua Sama Tapi Serasi, 
Saat Melangkah, Rentaknya Tak Pernah Senada, 
Tapi Hala Tujunya Tetap Sama,
Tak Pernah Bertukar Posisi Namun Saling Melengkapi,
Sentiasa Sedarjat ,
Tak Ada Yang Lebih Tinggi, Tak Ada Yang Lebih Rendah. 
Bila Satu Hilang,  Satu Lagi Tak Bererti. 



Nota kaki : Tapi sekarang, trend orang pakai kasut lain sebelah. (orang kampung aku cakap kawin) . Kiri warna hitam kanan warna pink.. ermmm.. 
Apakah itu ertinya mereka tak tahu menghargai ? 

Sabtu, Oktober 27

#AdaKalanya

Ada kalanya kita tersalah,
Allah datangkan sahabat untuk menegur.
.
Ada kalanya kita betul,
Allah datangkan sahabat yang patut ditegur,
.
Ada kala kita diuji,
Allah datangkan sahabat untuk bantu kita.
.
Ada kalanya sahabat kita diuji,
allah beri ekuatan untuk kita bantu dia..
.

**Sahabat, semoga kahadiran kamu mampu embawa aku ke syurga**

Selasa, Oktober 23

4 Perkara Yang Perlu Di Ingati.


Kata Ibnu Mubarak : 
"Seseorang yang berpandangan jauh tidak akan tenang dari mengingati empat perkara : 
  • DOSA LAMPAU  yang tidak tahu apa Allah telah laku akannya. Diampunkan ataupun masih kekal dalam kemurkaan-Nya.
  • UMUR berbaki yang tidak tahu ujian apa yang ada dari-Nya. 
  • KELEBIHAN diri yang diberi pada hari ini dirisaukan suatu istidraj
  • KESESATAN  yang dikira jalan kebenaran.. 

**Istidraj : pemberian nikmat oleh ALLAH kepada manusia yang mana 
pemberian itu sebenarnya tidak diredai olehNya 

Ahad, Oktober 14

Doa Mustajab Penambah Ilmu, Amal, dan Rizki yang Berkah…

اللهم إنى أسألك علِما نافغا و رزقا طيبا و عملا متقبلا

Allahumma inni As’aluka ilman nafi’an wa rizqon thoyyiban wa a’malan mutaqobalan.

Maksudnya : 
Ya Allah aku mohon kepadamu berikanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat, rizki yang baik dan amalan yang diterima disisimu
 (HR Ibnu Majah dishahihkan oleh Syaikh Al Bani dalam Shahih Ibnu Majah no 762)

I Miss Me


Selasa, Oktober 9

Renungan II : Anda Pilih Yang Mana?

Orang Barat Kata :

"umur meningkat, alah itu sekadar angka. 
Enjoylah." 

Rasulullah Kata : 


" Orang yang paling bijak ialah meraka yang sentiasa mengingati mati"


Orang Melayu Kata :

"Aku enjoy pun aku ingat tuhan lah" 

Pilihlah..  Mahu jadi ikut kata orang barat atau ikut kata Rasulullah s.a.w. 
nak ikut kata orang melayu pon boleh. Asalkan iman kau kuat.. dan kau mampu untuk sentiasa berzikir setiap saat kau tengah enjoy tu.. 







Mulut VS Hati

"Mulut"Memang boleh tipu semua orang" "Tapi" "Cuma satu yang tak boleh tipu" "Hati". 
..
benar itu..
..
Mulut kata tidak... hati kata ya.. 
..
Payah untuk mengiya mahupun menidak apabila kata dari mulut dan kebenaran dari hati sedang bercelaru. 
.. 
wahai hati.. 
menjagamu ibarat menjaga kaca..
terketuk sedikit mudahnya retak. 
.. 
wahai hati.. 
bertapa payahnya menjamu kerana kepunyaan_Nya.
aku menjagamu kerana Allah.. 
tolong lah aku.. 
berkawan rapatlah dengan iman dan taqwa. 
necaya kamu akan sentiasa elok dijaga rapi oleh sang pencipta..  


Renungan : Kata-Kata Amru Al-Asr


Amru Al-Asr Berkata: 
Jika kamu tahu hakikat neraka jahannam 
pasti kamu akan menjerit 
sehingga kehabisan suara 
dan 
kamu akan solat 
sehingga hancur tulang sulbi

Selasa, Oktober 2

Arah Hidup?



Teman,
Kemana pun arah kita, 
Allah sentiasa bersama,
Hanya kita yang lupa, 
Dimana kita meminta, 
Disitulah DIA menunggu.. 

Kawan,
Selangkah kita hampiri DIA, 
Seribu langkah DIA datang pada kita. 

Selasa, September 25

Gapailah Dunia Sekadar Ada



Al-Quran menyatakan bahawa dunia dan isinya hanyalah mainan belaka. Namun kematian bukanlah pengakhiran, tetapi sebuah permulaan. 

Firman Allah bermaksud
"
 Semua yang ada di bumi itu akan binasa, dan yang kekal hanyalah tuhanmu yang mempunyai kesabaran dan kemuliaan " 
(Surah Ar-Rahman: Ayat 26 - 27) 

Teman.... Gapailah dunia sekadar ada. Dan kehidupan selepas kematian iti mudah-mudahan terletaknya kita ditempat yang kita idamkan iaitu Syurga nan indah lagi abadi. 

Salam mesra dan kasih sayng dara saya, seorang hamba Allah yang sedang berusaha menjadi baik. Hamba Allah yang tak punya harta selain cinta dan cita sebesar dunia yang belum lagi tercapai. Hamba Allah yang cuba bangkit dan bertawakkal Kepada-Nya dalam setiap rukuk dan sujud. Demi DIA yang Maha Agung. 


Selasa, September 18

Remind For My Self

Ya Allah, Jauhilah Aku Dari Cinta Dunia..  


Luahan Ikhlas : Bobo Di Mana : Muzik Video Tak Tahu Malu.

Aku ni mungkin dah terlambat dari orang lain kot tahu tentang  kewujudan muzik video yang tular akhir-akhir ni... Maklumlah, aku ni bukan jenis ambik port  hal-hal artis dan lagu terbaru. tapi aku pasti semua orang dan lihat kot muzik video tu.. sebenarnya aku berkira-kira jugak nak tulis entry ni ke tak.. sebabnya mula-mula aku fikir tak elok sangat la video ni ditonton oleh budak-budak kan.. dan aku nak tulis pandangan aku kat sini. dan lagi sekali aku fikir.. kalau aku tulis entry ni macam aku pulak yang tolong buat promosi untuk dia.. ishh! tapi aku tulis juga sebab aku yakin Allah tahu niat kat hati aku yang sebenarnya macam mana.. sesungguhnya Allah lah "Juri" yang paling berhak menilai diri aku. 

kali pertama aku tengok video ni kat Youtube.. aku rasa macam nak baling je telefon pintar aku kat dinding tau tak.. tapi tak kan lah aku nak korbankan telefon kesayangan aku yang banyak kenangan ni demi sebuah video bodoh ni kan.. Oh.. Tidak sama sekali..  

Jujur, dlm video tu aku cuma kenal Datok Aliff Syukri dan Sajat jer,, yang sorang lagi aku pon tak tau siapa.. (malas nak google dan malas nak ambik tau) haha. maklumlah aku ni jakun sikit.. maklumlah orang kampung jer,, aku cuma aku faham kenapa mereka buat muzik video ni.. apa motif sebenar mereka?? 

Bagi aku tak sesuai video ni ditonton bukan shj oleh kanak-kanak, kakak,abang, pakcik, makcik dan atok nenek pon tak sesuai tengok. suasana dlm sebuah bilik hotel..  Sajat berpakaian menjolok mata tertonggek-tonggek atas katil. aku tak tahu identiti sebenar Sajat ni. orang kata dia lelaki tukar jantina jadi perempuan. aku tak kisah identiti dia apa.  cuma aku nak cakap.. dia dah menjatuhkan maruah seorang wanita. weii.. orang perempuan ni dia malu laa nak tunjuk "aset-aset" dia tu. apa kau buat ni benar-benar malukan.. 

aku tak rasa muzik video ni dibuat untuk melariskan produk jualan mereka. bukan juga nak raih populariti,, cuma lebih kepada Sajat nak sangat tunjuk bukti bahawa dia seorang wanita.. itu jer yang aku nampak. ke korang fikir macam mana??  malangnya, jelas suara jantan kau tu terkeluar Sajat.. macam mana orang nak percaya.. 

aku juga teramat malu dengan Datuk Aliff. dulu aku amat menyegani beliau. (walaupun aku tak pernah beli walau satu pun produk beliau). tapi sekarang aku rasa Datuk ni dah melampau. Kalau ya pun Sajat perempuan sejati, Datuk tak rasa berdosa ke dok dalam bilik dengan perempuan seksi -seksa macam tu? terkinja-kinja macam kera kena belacan. malu nya!! saya pun ada tengok video isteri Datuk marah-marah pasal video ni. tapi marah apa macam tu? Marah ke bergurau?. ish.. makin dilayan makin aku pelik... haha.. 

Lagi aku pelik, Malaysia Baharu  ni tak ada ambil tindakan dengan isu ini? ataupun para menteri dah buta? buta mata hati dan buta IT.. entah lah..  

So.. sesiapa yang "sakit mata" macam aku bila tengok video ni.. mohon sama- sama buat macam aku buat yer.. iaitu REPORT PADA PIHAK YOUTUBE...  

ikuti langkah berikut :
1. pergi ke carian youtube.com dan tulis carian 
   Lirik Video Bobo DiMana
2. klik  tiga titik . . . yang terdapat dipaparan laman web tersebut dan klik 
lambang bendera {laporkan} 

3. Kemudian keluar paparan seperti ini dan pilih laporan anda berdasarkan 
kandungan video.. saya pilh {kandungan seksual}. akhir sekali tekan butang laporkan.
dan siap.. 

Di sini juga aku juga nak buat penafian. bahawa aku tulis entry ini berdasarkan kata hati aku sendiri.. ikhlas bukan didesak oleh mana-mana pihak. jauh sekali aku nak curah pasir dalam periuk nasi perniagaan mereka. cuma aku ajak kalian untuk sama-sama boikot "lagu bodoh " ni dari ditatap oleh generasi kita akan datang..  

p/s : semoga allah kurniakan hidayah buat mereka dan melindungi seluruh zuriat keturunan kita daripada menyalahi fitrah dan menyimpang dari agama yang syumul ini..  



Ahad, September 2

Doa Yang Indah



Tuhan menjawab:
"Tidak! Itu bukan untuk Ku singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya."

Aku minta Tuhan menyempurnakan kecacatanku, 


Tuhan menjawab:
"Tidak! Jiwa itu sempurna, badan hanyalah sementara"

Aku minta Tuhan untuk memberiku kesabaran, 


Tuhan menjawab:
"Tidak! Kesabaran adalah hasil kesulitan. Itu tak dihadiahkan, itu dipelajari"

Aku minta Tuhan memberiku kebahagiaan, 


Tuhan menjawab:
"Tidak! Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi, dan membawamu dekat kepada Ku"

Aku minta Tuhan segala hal agar aku dpt menikmati hidup, 


Tuhan menjawab:
"Tidak! Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal"

Aku minta agar Tuhan membantuku mengasihi orang lain, seperti Engkau mengasihi aku. 

Tuhan menjawab: 
"Aaach....akhirnya kau mengerti. Hari ini adalah milikmu, jangan sia2kan. Bagi dunia mungkin engkau hanya seseorang, tapi bagi SESEORANG mungkin kau adalah DUNIANYA".

Catatan 2 September 2018


Pesan Buat Diriku..
Usah jadikan musibah itu racun yang mengalir ke seluruh urat darah kemudian menjadi racun yang berbisa. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan pelbagai nasihat utuk kita umat-Nya. Wahai diriku, jangan ikut acuan yang terkandung didalamnya segala kemudaratan..

INGAT wahai diri!! Hidup Ini tidaklah semudah yang kau harapkan. Dunia cuma pinjaman. Kuatkanlah jiwamu meneruskan janji kekal di alam abadi, sekaya apapun kau, kau teap tak dapat lari dari masalah, musbah terjahan minda dan kekalutan, semua itu akan membuatkan kamu tenang andainya kau yakin Allah sentiasa bersama kamu... YAKINLAH... tarik nafasmu sedalamnya, katakan " Aku bersaksi tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya" 

Jangan sesaat pun kau lupa ! janji Allah tu benar. cinta-Nya tak bertepi, kasihnya sangat tulus tak berhujung. Hanya kau yang sombong. tak mahu bersujud tatkala allah hadikahkan kau tanggisan, keluh kesah dan kekalutan.

Tundukkan egomu.. turunkan dahimu rapat ke sejadah. sesungguhnya DIA rindu untuk mendengar luahanmu. Luahlah kepada Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihani...

Selasa, Ogos 28

Secebis Bicara

Assalamualaikum sahabat yang diaksihi.. 
semoga kesihatan yang baik mengiringi dirimu.. 
Sesungguhnya kehidupan kita didunia ini adalah untuk
mentauhidkan Allah SWT..  
samaada dalam perbuatan, tingkah laku, ibadah, mahupun urusan kita kita sehari-hari. 
biar hidup gelap tanpa cahaya, jangan hati gelap- tanpa sinar iman. 
biar jiwa sepi tanpa kasih sayang insan. jangan hati sepi tanpa kasih sayang dari allah. 
salam sayang.. 



Ahad, Julai 29

M.A.A.F


Maaf. 

Bermaaf-maafanlah.. 
Antara Hamba dengan Al-Khaliq,
Antara Hamba dengan Hamba,
Antara Hamba dengan MakhlukNya yang lain.


Maaf. 
Maafkanlah walaupun pahit..
Moga hidup dengan kemaafan membuatkan hidupmu disinari kebahagian, ketenangan dan kemanisan yang hanya kamu sahaja tahu nikmatnya.

Maaf.
Maafkanlah walaupun terasa payah.
Bagaimana nak senangkan kemaafan itu?

Mulaii hari ini, jangan biarkan kemarahan menghanyutkan dirimu seperti sampah yang terapung di air. 
Jangan tanya orang bagimana caranya..
 Kerana hidup kamu. Hanya kamu yang lalui dan rasai.

Maaf. 
lupakan saja kisah yang lalu.. 
kenang kembali bagaimana seksa dan pedih tatkala kemarahan itu terpendam. 

Heiii..
Maafkan sahaja.. sampai bila kau sanggup nak tanggung duka.. 




*********************************
Salam Sayang, 
Mek Ayyue yang masih belajar memaafkan. 

Beli Dua Pecuma Satu??


"Beli Dua Percuma Satu"

Siapa kata Bahasa Melayu ni senang?? susah tau... ermm... Awak faham tak maksud “Beli Dua Percuma Satu?” alah... yang selalu keluar di iklan tu lah.. 

Aku ni bukan arif sangat bab bahasa (cuma pakar bahasa bertaraf kampungan je). Tapi pada suatu hari tu aku gi shopping raya dengan family kat Bandar Tanah Merah, Kelantan.. Kau tau betapa banyaknya iklan yang bertulis demikian.. "Beli Dua Percuma Satu".. sebenarnya kat JB pun banyak je papan iklan bertulis macam tu. er.. pendek kata satu Malaysia lah yang guna.. 

Jadi mulai hari tu aku mula terfikir (ala-ala penganalisis bahasa gituu). Entah kenapa boleh terfikir tu pun aku tak tahu. Hahaha.. sebelum ni tak ada pulak aku “terjentik hati” nak fikir bila nampak label bertulisan sebegitu.

Beli Dua Percuma Satu? 
Maksud dia apa yer?? 

* kena beli (bayar) dua produk, kemudian akan dapat satu produk percuma. Maknanya dapat 3 produk tapi bayar harga untuk 2 produk sahaja?

atau

* Beli dua produk dan salah satunya percuma..  maknanya beli (bayar) untuk satu produk dan akan dapat satu lagi secara pecuma?

Ehh!! Mana satu yang betul ni? 
Ataupun aku seorang je yang pelik sebab fikir benda macam ni? Haha.. 

Awak faham macam mana? 

Saya mula-mula terpandang perkataan tu saya tafsirkan sebagaimana penjelasan yang kedua tu lah. Lepastu bila difikir-fikirkan semula. tertanya juga pada diri.. Betul ke apa yang saya faham tu? 

kalau ikut pada terjemahan aku penjelasan aku yang kedua tu.. Macam mana pulak naktafsirkan iklan “Beli Satu Percuma Satu” maknanya tak payah bayar la maknanya kan? Ambik je free.. haha.. Rugi nii.. 

Ok. Sekarang aku tukar pandangan aku dari penjelasan ke dua kepada penjelasan yang pertama.. Kalau ada mana-mana insan yang ariff dalam bahasa boleh tolong beri peneragan tak.. mana satu yang betul ni?? 

Ataupun lepas ni boleh guna iklan macam ni : 


"Beli Dua Dapatkan Satu Percuma" 

eh!!! bukan ke bunyi nya agak sama??  hahaha.  

Apa-apapun, sesekali berfikir mencari dimana munasabahnya sesuatu perkara. Tak salah pun kan asah minda yang dah tumpul ni.

Salam ukhwah,
Mek Ayyue
* Seorang gadis yang pelik…

Ahad, Julai 22

Bait-bait ucapan terakhir Sultan Muhammad Al-Fateh..


Merenung jauh.. Menghayati bait-bait ucapan terakhir Sultan Muhammad Al-Fateh, si pembebas Kota Konstantinopel.
ü Jadilah seorang pemimpin yang adil, soleh dan penyayang.
ü Lindungilah rakyat tanpa mengecualikan sesiapapun.
ü Bekerja bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam kerana itu tanggungjawab penguasa di muka bumi.
ü Dahulukan kepentingan agama.
ü Jangan melantik pemimpin dari kalangan orang yang tak pedulikan agama, tidak menjauhi dosa besar, dan tenggelam dalam dosa.
ü Jauhi pekara bidaah dan luaskan jihad.
ü Jangan belanjakan harta baitulmal sewenang-wenangnya.
ü Jangan ambil hak rakyat kecuali untuk perjuangan agama.
ü Beri perlindungan kepada kepada rakyat yang lemah dan fakir.
ü Berikan penghormatan kepada yang berhak.
ü Dampingi ulama, dekati mereka, ambil nasihat mereka, muliakan mereka, cukupkan keperluan mereka.
ü Hati- hati dengan tipu daya yang banyak dan tentera yang ramai.
ü Jangan pinggirkan pakar rujuk syariah.
ü Jangan langgar hukum-hukum islam kerana islam adalah tujuan hidup kita.

**dalam hati kecil berbisik..  Jauhnya Negara Malaysia Baru ini daripada nasihat Sultan Muhammad Al-Fateh..  

Selasa, Julai 10

Jadilah Seperti Laut..


Jadilah seperti laut.
Hening mengagumkan.
sama sekali tak perlu jelaskan betapa hebat dirinya.
sentiasa berlapang dada..
dan sentiasalah bersiap sedia menghadapi
pandangan-pandangan berbeza..

Khamis, Julai 5

Bukan Allah Yang ...........

BUKAN ALLAH YANG 
TAK ADIL...

tapi jiwa kita yang masih terlalu kerdil.

..............

BUKAN ALLAH YANG 
TAK MAHA KASIH....

tapi hati kita yang tak tahu berterima kasih.

...............

BUKAN ALLAH YANG PELIK..

tapi nurani kita yang berpenyakit. 

..............

*** ya allah, ampuni aku kerana berjuta kurniaan-Mu aku rasa seolah tiada. 
Berbillion anugerah-Mu aku tak terasa..  


takdir


Biar Sayangmu Itu Bererti..




Sayang.. 
Sayangi lah diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.. 
.....................
BAGAIMANA MENYAYANGI DIRI??? 
....................
Dengan terlebih dahulu menyayangi Allah... 
Mentaati perintahNya dan Meninggalkan LaranganNya.. 
Insyaalllah.. 
Kita akan selamat dari seksaan dunia dan seksaan akhirat..

Sayang..
Sayang Menyayanglah dalam Rahmat Allah swt. 

Ahad, Julai 1

RESEPI PENCUCI DOSA DAN PENGUBAT PENYAKIT HATI

Hassan Basri R.A. telah berkata :

”  Pada suatu hari aku mengelilingi lorong kota Bashrah dan pasarnya bersama seorang pemuda ahli ibadah. Di tengah perjalanan aku bertemu dengan seorang rahib. Dia duduk di atas kerusi yang dihadapannya ada ramai orang, baik lelaki mahupun wanita serta kanak-kanak yang semuanya membawa botol berisi air. setiap seorang dari mereka bermaksud meminta ubat yang tepat bagi penyakit yang mereka deritai.

Seterusnya datanglah serang pemuda yang juga ahli ibadah kepada rahib tersebut, lalu berkata : Wahai tabib, apakah engkau mempunyai ramuan ubat yang dapat membersihkan dosa dan mengubati prnyakit hati ?

Tabib tadi berkata: ” Ya, Pemuda itu berkata lagi; ” Tolong berikan aku ubat tersebut ”

Tabib Menjawab:  Ambillah sepuluh resepi dari ku :

1-Ambillah akar pohon kefakiran dan akar pohon ketawadukan,

2-Masukkan akar taubat ke dalamnya,

3-Masukkan ketiga unsur itu kedalam lesung redha,

4-Tumbuklah sehingga halus dengan alu Qonaah,

5-Masukkan kesemua itu dalam panci taqwa,

6-Tuangkan air malu ke dalamnya,

7-Didihkan semua itu dengan api mahabbah,

8-Selanutnya, tuangkan semua itu ke dalam mangkut Syukur,

9-Dinginkan apa yang ada di dalam mangkuk Syukur tersebut dengan kipas raja’ ( mengharap pertolongan Allah SWT ).

10-Minumlah semua itu dengan senduk pujian.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S: 270.

Aku Sebutir Debu Di Jagat Raya Ilahi..





Selamanya... 
Takdir takkan mengizinkan bumi ini bercantum dengan langit
................................................

Mana mungkin Cenderawasih terbang seiring bersama pipit
............................................... 

Usah khuatir menaruh bimbang
............................. 

Ku sedar hakikat,
Lumpur tempatnya dipetak bendang. 
.........................................

Antah takkan dikutip orang.. 
hanya dipatuk mengenyangkan ayam..  
...................

Isnin, Jun 25

Sayangi Aku Wahai Allah...


SAYANG?????
Mengapa Aku Tidak Disayangi????
#Kerana Aku Tidak Menyayangi...
------------------------
TAPI!!!!!!!
Aku Telah Benar-Benar Menyayangi....
--------------------------------
MUNGKIN......
Aku Tidak Menyayangi Dengan Cara Yang Benar....
-------------------------------
SOALNYA, BAGAIMANA??
#Sayang Kerana ALLAH..... Dengan sentiasa ingat mengingati untuk sentiasa bersama mentaati perintah ALLAH, moga-moga bersama terselamat dari azab api neraka.


Ahad, Mei 13

Muhasabah Hati.


Tegur?
Menegur? 
Teguran?

Semua nya bermula dari kata dasar "tegur" yang aku tafsirkan sebagai 
amaran; peringatan; nasihat. 

Menegurlah sebagai seorang manusia, 
bukan seperti malaikat yang suci tak bernoda. 

Sedarlah, bahawa kau juga hanyalah manusia. 
Seperti dia yang yang berlumur dosa.

Sebelum menunding jari kearahnya,
perhatikanlah dulu kearah dirimu.

Dosa Yang Dikesali lebih mulia daripada amal yang dibanggakan

Hidayah Itu Milik Allah.. 

Salam Sayang dan Selamat Merenung diri... 

Mek Ayyue,*yang masih berusaha jadi orang baik.. 

Nota Kaki: Sekiranya DIA mengkehendaki, Ketua Gangster pun boleh jadi Imam Besar kau tau.. dan kau pula, Yang kaya pula jika DIA mengkehendaki, hartamu yang setinggi gunung pun kan habis umpama angin menuip abu.





Ahad, Mei 6



Tubna Ya Allah 

(kami bertaubat Ya Allah)
Wa nadimna Ya Rahman 


(kami menyesal Ya Rahman)
Wa raja'na Ya Rahim 


(kami kembali Ya Rahim)
Irhamna Ya Robbana 

(rahmatilah kami wahai Tuhan kami)

KeampunanMu yang dinanti penyubur jiwa yang telah mati Membasuh nurani hidupku kembali lebih bererti