Ahad, Mac 25

Renungan..

Jika gurumu menyuruh kamu makan ikan, 
tapi beliau memberimu cacing,
jangan sangka gurumu itu bodoh atau gila dan kau layak mencacinya. 
apa yang harus kau lakukan sebenarnya ialah mencari kail.  
bukan memakan cacing itu. 
jika kau berbuat demikian. 
engkaula yang bodoh sebenarnya kerana gagal memahami pesanan gurumu.
tapi kebanyakkan dari kamu adalah memakan caing itu.. 

4 Janji Allah Dalam Al-Quran.


"Jika kalian bersyukur, maka AKU akan tambahkan nikmatKu untuk kalian"
(Surah Ibrahim : 7)

"Ingatlah padaKU nescaya AKU akan ingat kepada kalian"
(Surah Al-Baqarah : 152)

"Berdoalah kepadaKU, pasti AKU akan kabulkan untuk kalian"
(Surah Ghafir : 60 )

"Tidaklah Allah mengazab mereka selama mereka memohon ampun (beristighfar) kepada Allah". 
(Surah Al-Anfaal :33)

Selasa, Mac 20

Umur Yang Panjang..


Usia umpama harta
Bukan banyaknya menjadi perhitungan tapi keberkatannya. 

Harta yang berkat, 
Banyaknya diagih, 
sedikitnya mencukupi.. 

begitulah usia yang berkat, 
pendeknya bermanfaat,
 panjangnya melimpahkan kebaikan. 

Khamis, Mac 15

Kata-kata Hikmat Salahuddin Al-Ayyubi


Aku minta KEKUATAN,  
tapi Allah berikan aku kesulitan
-----------------------------------------------------
 Aku bertanya tentang KEBIJAKSANAAN,
 tapi Allah berikan aku masalah untuk diselesaikan. 

------------------------------------------------------
 Aku minta untuk MEMAKMURKAN, 
tapi Allah berikan aku tenaga untuk bekerja
----------------------------------------------------- 
 Aku meminta CINTA,
tapi DIA memberi aku orang-orang bermasalah untuk aku bantu.

----------------------------------------------------
Aku meminta NIKMAT,  
Tapi dia berikan peluang 
----------------------------------------------------- 
 Aku meminta KEBERANIAN,
tapi dia beri bahaya untuk diatasi

----------------------------------------------------
 Aku tidak meminta sesuatu untuk diri sendiri,tapi aku menerima semua yang aku perlukan.  
 ------------------------------------------------------

Jambatan Kehidupan


Jambatan Termahal Adalah Pengorbanan.
..
Jambatan Terpanjang Adalah Harapan
..
Jambatan Terpendek Adalah Putus Asa
..
Jambatan Terindah Adalah Kasih Sayang
..
Jambatan Terkuat Adalah Iman. 

Rabu, Mac 14

Cinta?

Cinta tidak akan pergi kerana ia jelas ada didalam hati.
Jodoh itu pasti, jika tak didunia ini, pasti ada di syurga nanti..

Isnin, Mac 5

Betapa Maha Kasihnya Allah.


"Ada manusia yang menutup pintu rapat-rapat demi menyembunyikan perbuatan maksiatnya daripada pandangan manusia mahupun pengetahuanNya namun Allah mengirimkan oksigen di celah-celah pintu dan ruang untuk dia terus bernafas."

-Al-Kulliyah. Tv3.

Subhanallah.. Maafkan aku Allah. Aku yang terlalu jauh dariMU.

Ahad, Mac 4

Renungan Sebelum Log-Out

               

 Tanpa agama kita binasa...
      Tanpa ilmu kita buta...
             Tanpa iman kita sengsara...
                 Tanpa ukhuwah kita terseksa.

Assalamualaikum? 

Dah bulan Mac ke??


Assalamualaikum semua.. Pejam celik kita sudah berada dalam bulan Mac tahun 2018.  Macam tak percaya je kan.. macam baru semalam je sambut Tahun Baru.. 

Soalanya kenapa kita merasakan "masa itu berlalu dengan begitu pantas?"

Saya teringat akan kata-kata Ustazah Latifah dulu, 

"Bila buat perkara lalai, Allah tarik 'masa' yang ada kat kita."

Dulu aku bukan nak ambik kisah pasal cakap Ustazah kat sekolah tu, maklumlah budak-budak lagi (walaupun dah sekolah menengah tapi tetap budak ok).. sekarang dah tua-tua (tua kot) ni baru nak terfikir.. hehehe.. muhasabah diri sendiri. 

Aku perasan sangat bila setiap kali aku buat benda-benda baik(walaupun banyak benda tak baik aku buat), macam beribadah berzikir, mengaji, study, bahkan nak berwirid lepas solat tu pun aku rasa macam masa tu berjalan dengan amat lambat mengalahkan siput. Tapi bila korang buat benda-benda yang melalaikan(sesungguhnya aku manusia yang lalai), main FB, balas whatsapp,laju je masa berjalan. (hinggakan nak solat pon boleh terlepas waktu) 

Bila difikir balik, bila aku lalai.  Allah tarik nikmat waktu supaya ianya habis macam tu je? Tapi bila buat baik  Allah 'slow' kan  waktu  supaya aku boleh buat lagi banyak ibadah?  tu yang aku fikir-fikir dan renungkan. ada tak korang terfikir macam yang aku fikir ni? 

Aku teringat, aku ada baca satu petikan hadis  dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan sekelip mata. - Riwayat Ahmad
Buku apa aku baca tu aku lupa laa. 
Kesimpulannya, Semakin kita membesar, semakin laju masa berjalan, sehinggakan sejam bagaikan  satu percikan api.

**SalamSayang, 
Mek Ayyue, 
-Ya Allah,Kurniakanlah Aku Keberkatan Waktu