Ahad, Mac 4

Dah bulan Mac ke??


Assalamualaikum semua.. Pejam celik kita sudah berada dalam bulan Mac tahun 2018.  Macam tak percaya je kan.. macam baru semalam je sambut Tahun Baru.. 

Soalanya kenapa kita merasakan "masa itu berlalu dengan begitu pantas?"

Saya teringat akan kata-kata Ustazah Latifah dulu, 

"Bila buat perkara lalai, Allah tarik 'masa' yang ada kat kita."

Dulu aku bukan nak ambik kisah pasal cakap Ustazah kat sekolah tu, maklumlah budak-budak lagi (walaupun dah sekolah menengah tapi tetap budak ok).. sekarang dah tua-tua (tua kot) ni baru nak terfikir.. hehehe.. muhasabah diri sendiri. 

Aku perasan sangat bila setiap kali aku buat benda-benda baik(walaupun banyak benda tak baik aku buat), macam beribadah berzikir, mengaji, study, bahkan nak berwirid lepas solat tu pun aku rasa macam masa tu berjalan dengan amat lambat mengalahkan siput. Tapi bila korang buat benda-benda yang melalaikan(sesungguhnya aku manusia yang lalai), main FB, balas whatsapp,laju je masa berjalan. (hinggakan nak solat pon boleh terlepas waktu) 

Bila difikir balik, bila aku lalai.  Allah tarik nikmat waktu supaya ianya habis macam tu je? Tapi bila buat baik  Allah 'slow' kan  waktu  supaya aku boleh buat lagi banyak ibadah?  tu yang aku fikir-fikir dan renungkan. ada tak korang terfikir macam yang aku fikir ni? 

Aku teringat, aku ada baca satu petikan hadis  dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan sekelip mata. - Riwayat Ahmad
Buku apa aku baca tu aku lupa laa. 
Kesimpulannya, Semakin kita membesar, semakin laju masa berjalan, sehinggakan sejam bagaikan  satu percikan api.

**SalamSayang, 
Mek Ayyue, 
-Ya Allah,Kurniakanlah Aku Keberkatan Waktu 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

assalamualaikum awak... jemput tinggalkan komen kat rumah saya ni yer.. tinggalkan emoji pon tak mengapa.. semoga ukhwah berkekalan.. dan jemput datang lagi.. jangan malu-malu yer. kita kan saudara..