Hati itu sukar dimengertikan.
Apa ada pada hati.??
Ilmu Pelita Hidup, Amal Bekalan Perjalanan, Akhlak Hiasan Jiwa, Peribadi menuju Destinasi Akhirat Yang Sudah Pasti.
Ya Tuhan..Teraba-raba aku mencari cahaya itu,Cahaya kebenaran agama-Muyang penghujungnya entah dimana.Ya tuhanIzinkan akuMencari jalan ke dakapanmuMeniti taubat pada tasbih keinsafanYa Tuhan.moga aku adalah hamba-MuYang layak menerima ampunandengan rahmatmu Ya Zal Jalali Wal Ikram.
YaAllah! Tunjukkanlah kami bersama orang yang Engkau beri petunjuk. Dan sihatkanlah kami bersama orang yang Engkau beri kesihatan.Muliakanlah kami bersama orang yang Engkau beri kemuliaan. Berkatilah kami bersama orang yang Engkau beri keberkatan.Dan peliharalah kami daripada kejahatan yang Engkau tentukan.Sesungguhnya Engkau penentu dan tidak ditentukan.Dan Sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau muliakan. Dan tidak mulia orang yang Engkau hinakan.Maha Mulia Engkau Tuhan kami dan Maha Tinggi, maka bagiMu jua segala kepujian atas apa yangEngkau tetapkan.Kami memohon ampun dan bertaubat kepadaMu.Dan semoga Allah melimpahkan rahmat bagi Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Allahu, menitis jua air mataku (macam menang tempat pertama pidato piala diraja) bila berjaya hafal doa qunut serta dapat memahami maknanya.. Maafkan aku Allah kerana berburuk sangka padamu.. kau uji aku, kau juga jentik rasa nak hafal doa tu dan akhirnya kau jua yang buka ikatan lidahku serta beri aku kefahaman ini.. Allah Maha berkuasa.. Aku faham sekarang, kau nak aku merindu berdoa padamu dengan sempurna bukan?? Terima kasih Allah..