Ahad, Februari 4

Tuhan.. Aku Perlukan-Mu


Tuhan,

Aku tetap percaya.

Seberat apapun masalah yang Kau titipkan, sudah pasti bersamanya ada penyelesaian.

Ada jalan keluar dan pertolongan. Yang terkadang aku sendiri tidak tahu apakah ia.

Yang pasti, Aku tetap ingin percaya dan terus percaya pada-Mu.

Tidak mungkin Kau tinggalkan aku begitu sahaja.

Tidak mungkin Kau tidak mendengar segala rintihanku, resahku, bisikanku.

Bahkan, Kau lagi sedang menyiapkan sesuatu yang "sempurna" menurut-Mu.

Meski tidak sempurna pada mata manusia. Asalkan terbaik di sisi-Mu.
************************
Mek Ayyue
Serahkan sepenuh urusan pada-Nya.
*Keep fighting this sickness!*

Allahumma solli ala sayyidina muhammad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

assalamualaikum awak... jemput tinggalkan komen kat rumah saya ni yer.. tinggalkan emoji pon tak mengapa.. semoga ukhwah berkekalan.. dan jemput datang lagi.. jangan malu-malu yer. kita kan saudara..