Khamis, Februari 22

Bersyukurlah..


Tahukah anda, perkataan syukur disebut 64 kali di dalam kitb suci kita, Al-Quran Nul Qarim?

Firman Allah s.w.t.
"dan janganlah kamu menghitung nikmat Allah tidaklah dapat kamu menghitungkannya. sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)

(Surah Ibrahim : 34)
Pembaca budiman, sedar atau tidak, setiap detik yang berlalu dalm hidup kita ini adalah nikmat dan kurniaan Yang Maha Esa, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha mengasihani?

Firman Allah s.w.t.
"dan barang siapa yang berssyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk(kebaikan) dirinya sendiri, dan barangsiapa yang kufur (tidak bersyukur), maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Mulia"  
(Surah An-Naml ; 40) 
Wahai diri, sedarlah bahawa Allah tidak akan rugi apa-apa pun jika kita bersyukur atau tidak. DIA maha Agung, DIA Maha Esa. Tapi kitalah sebagai hamba yang sepatutnya bersyukur kerana manfaatnya adalahuntuk diri kita sendiri seperti mana ayat dari Surah Ibrahim ayat 7 yang mafhumnya : 

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatku) maka sesungguhnya azabku amatlah pedih"

Salam Sayang, 
Mek Ayyue. 
*Yang selalu terlupa untuk mengucapkan Alhamdulillah. 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

assalamualaikum awak... jemput tinggalkan komen kat rumah saya ni yer.. tinggalkan emoji pon tak mengapa.. semoga ukhwah berkekalan.. dan jemput datang lagi.. jangan malu-malu yer. kita kan saudara..