Jumaat, Januari 26

Renungan Hati Hari Ini..


"Azab yang paling ringan di Neraka pada hari kiamat ialah 2 butir bara api di kedua telapak kakinya yang dapat merebus otak."

[HR. AtTirmidzi]

Khamis, Januari 25

Renungan Hari Ini..


Engkau berangan-angan umurmu seperti umat Nabi Nuh (panjang), walhal kematian menjengukmu setiap hari.

Imam Hasan Al-Basri ‎رحمه الله تعالى

Selasa, Januari 23

#Renungan Hati


Qada' dan Qadar

Percaya kepada Qada' dan Qadar. Atau kerap kali disebut "takdir" ialah salah satu dari rukun iman.  tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak percaya kepada Qada' dan Qadar Allah SWT.

Qada' dan Qadar itu apa sebenarnya?? 
maksudnya kita kena percaya bahawa segala perkara yang terjadi kepada kita(ujian,rezeki,kejayaan,kegalan, sakit dll)  telah ditetapkan sebelum terjadi oleh Allah SWT dalam Lauhul Mahfuz sebelum kita di alam rahim lagi.. 
kita pernah mendengar, ada orang kata, 
"seandainya aku mampu mengubah takdir"
Adakah ini bermakna kita langsung tiada daya dan usaha untuk mengubah takdir kita? Tidak sebenarnya..Allah SWT telah menentukan jalan yang baik dan jalan yang buruk kepada kita. namun terserah kepada diri kita sendiri untuk memilih jalan mana yang ingin kita tempuhi. Apa yang terjadi dalam hidup kita semua dengan izin dari-Nya yang telah tertulis dalam kitab Lauhul Mahfuz sebelum kita dijadikan.

Perkara yang aku faham.Qada' dan Qadar ada 2 jenis iaitu
1. Qada' dan Qadar Qubra ( takdir yang tidak akan berubah) contohnya  
ketetapan tarikh lahir kita, lahir dalam keluarga mana, jantina kita dsb.

2.Qada' dan Qadar Shughra  (takdir yang boleh berubah) contahnya sekiranya kita rajin belajar akan jadi pandai, sekiranya kita rajin bekerja akan mendapat rezeki lebih dsb.

Soalnya takdir kita berada di ketagori mana?? 

Sebab itulah Allah menyeru kita supaya berusaha dan berdoa. Semoga dengan usaha dan doa kita itu, Allah SWT berkenan mengubah takdir kita yang kurang baik (sekiranya ada) kepada takdir yang lebih baik. Seperti firman-Nya dalam Al-Quran yang mafhumnya
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Al-Rad :11)
Takdir Hidup Kita telah ditetapkan sepenuhnya, Allah mengetahui sebelum kita lahir lagi, Kita akan diberi pilihan dan peluang pada setiap masa.. Gunalah peluang itu..
---------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang.. 
Mek Ayyue, 
*insan yang pernah lalai dalam menerima Qada' dan Qadar.

Nota Kaki: 
*penulis yang masih cuba menerima Qada' dan Qadar Allah s.w.t ini dengan redha dan berusaha dengan perubatan serta berdoa kepadanya semoga dipermudahkan segala urusan didunia dan diakhirat.. 


Khamis, Januari 18

Renungan Tentang Hidup..


Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari

1. Semalam - Sudah menjadi sejarah
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.? Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
1. Kekal didalam neraka
2. Kekal didalam syurga

Semoga bermanfaat.

Petikan Bacaan ku Hari Ini (II)


💜Bahagia bermula dari hati kita sendiri. Orang yang bahagia akan bawa bahagia ke mana sahaja mereka pergi..Aamiin
-Ustaz Ebit Lew

⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠

😘 Kalau merenung bulan di langit,jangan lupa rumput di bumi, sedarlah kita hanya sebutir pasir

⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠

🐸 Laut tetap kaya takkan kurang, cuma hati dan budi manusia semakin dangkal dan miskin. - Pramoedya Ananta Toer

⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠


Biar hidup meniti dengan sendiri.
Biar hanya airmata jatuh berkali.
Biar kepedihan hati hanya Allah dapat mengerti.
Kerana sebait aksara mampu meruntuhkan jiwa.
Kerana lakaran sebuah lukisan mampu menggambarkan sejuta rasa.
Kerana sebuah pena mampu menggegarkan dunia.
Bila manusia berbuat sesuka hati.
Dimasa itu hanya satu perlu kau temui iaitu...
Berdiam diri dari terjebak perkara lagha.

⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠


🐦 " Mencari Syurga tanpa Amalan adalah Satu Dosa daripada Segala Dosa.
- Hassan Al-Basri

⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠


🐰 Jangan asyik melihat cermin orang lain sahaja yang "gelap", padahal cermin rumah kita sendiri dah lama tak lap.
-Muhasabah diri😌

⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠

😃 Syukur dulu atau sabar dulu?
 Syukur dulu sebanyaknya, nanti Allah yang akan tanamkan perlahan-lahan rasa sabar dalam jiwa. 💜

⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠

Salam Sayang.
Mek Ayyue.
-Gemar membaca dan menulis..


Rabu, Januari 17

Renungan Sebelum Lena..


Kadang-kadang kita tidak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita .

Tidak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita dimasa hadapan .

Tetapi , percayalah suatu saat kita kena yakin jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya . ☺☺

Selasa, Januari 16

Renungan Senja


Assalamu'allaikum w.b.t.



Salam senja menjelang fardhu maghrib sahabat fillah.

NAFSU mengukur wanita itu cantik atas dasar rupanya..

AKAL menilai wanita itu cantik atas dasar kepintarannya..

HATI menobatkan wanita itu cantik atas dasar keteguhan imannya..

KECANTIKAN seorang Wanita tidak akan berarti apa-apa, tanpa disertai Akhlak serta Perilaku yang Mulia..

KERANA Cantik yang sebenarnya bukanlah tercermin dari wajahnya..

AKAN tetapi tercermin dari sejauh mana seorang Wanita mampu menjaga dan memuliakan dirinya..

Semoga allah menjadikan kita manusia yang jauh dari Dosa .. Aamiin..

Salam Ukhwah dari Mek Ayyue.

Nota Kaki: walaupun post ini saya copy and paste..  tapi cukup  menasihatkan hati..

Isnin, Januari 15

Petikan Bacaan ku Hari Ini..


💦Penyakit yang membuat kita jarang sekali merindukan Syurga.

💦Adalah kerana terlalu terikat dengan kepentingan duniawi.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

💜 Orang yang mengharapkan kesempurnaan ialah orang yg tidak sempurna , kerana sempurna itu bukan milik manusia....

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹


🐞 Banyak orang yang telah meninggal , tetapi nama baik mereka tetap kekal . Dan banyak orang yang masih hidup , tapi seakan mereka orang mati yang tak berguna.

~imam syafi'i.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

🎈❝Allah Maha Dekat, yang membuatmu merasa jauh dari-Nya adalah hawa nafsumu sendiri. Dan itu disebabkan kerana cintamu terhadap dunia.❞

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

☺Buat apa bayar mahal-mahal untuk tengok wayang sedangkan wayang manusia hari-hari depan mata..

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

👍Jadi manusia biar ada cara.
     Biar tak sempurna,
     jangan jadi duri yang tak kenal siapa.
     Kau punya cara, kau sendiri jaga.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

💄"Perbuatan seseorang kepada seribu orang itu terlebih baik daripada perkataan seribu orang kepada seorang"

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

👧Setiap yg berlaku di atas muka bumi ni tuhan ciptakan alamatnya. Alamat nak hujan ialah mendung, alamat hari nak malam ialah tenggelamnya matahari. Berdedasarkan alamat, agak-agak kita ni ahli syurga atau neraka ?

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

💘Kalau aku ni sampah, anda pula siapa ? Ahli syurga ?

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

🐢Istiqamah itu lebih baik daripada 1000 karamah

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

SALAM  Isnin nan biru..
Semoga Rahmat Allah bersama kita...
---------------------
Sejuk. Suhu kat sini 21°celcius..




Ahad, Januari 14

Jom.. Aminkan Doa Ini..


Ya ALLAH,

Ku tahu permulaan hidupku tidak seindah mana,
Namun berikan pertengahan hidupku ini peluang untuk diriku mengumpul dan melakukan kebaikan kepada-Mu,

Dan pengakhiran hidupku nanti dengan kebaikan dariMu YA ALLAH.

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua..

Mek Ayyue,
*Pendosa yang mendambakan syurga tanpa hisab.

Sabtu, Januari 13

Ada Apa Dengan Kaya dan Hinakah Jadi Miskin ?

Soalan Pertama dipagi hari... 
Kenapa ya orang nak hidup kaya, senang? Kenapa tak nak jadi miskin, susah? 

 Si Kaya VS Si Miskin?? 
Antara keduanya, mana yang kamu rasa pernah menjejakkan kaki ke Masjid.. 
Adakah Si Kaya? 
Atau Si Miskin? 
Atau kedua-duanya? 

Kalau pergi masjid pun :
*Si kaya  pasti hati tak khusyuk, asyik fikir kasut mahal tinggal kat laur..
*Si miskin, pastinya tak risau kasut murah, buruk dan kotor, siapa yang nak kan?? 

**************************************************
Ada apa dengan Kaya?? 

Orang Kaya Itu Bukanlah Orang Yang Banyak Harta,

  • kaya yang sesungguhnya adalah saat diri ini terhias sempurna dengan iman dan ilmu Allah
Kaya Atau Miskin Sama Di Mata Allah,
  • jika hati yang kita miliki tak pernah kaya dengan ilmu Allah. Untuk apa banyak harta, jawatan, pangkat dan darjat yang mengagungkan, tapi tak dilaksanakan tanggungjawab sesuai dengan perintah Allah.
Allah Melihat kamu Bukan Dari Banyaknya Harta Yang Dimiliki, 

  • tetapi dari berapa banyak harta yang digunakan dijalan-Nya. 

Allah Tidak Menilai Hambanya Dari Harta Yang Dimiliki, Tapi Dari Berapa Banyaknya Iman Dan Taqwa Dihati

  • Sebanyak apapun harta yang kita miliki jika tak menghias hati dengan mahkota yang disebut keimanan, sia-sia sahaja harta da hidup mu. 

Kekayaan Paling Sempurna Itu Saat Jiwa Dan Raga Selalu Melangkah Dengan Titipan Ilmu Allah Hingga Keliang Lahat



  •  Harta akan menjadi indah dimiliki saat ilmu Allah menjadi penyanggah utama dalam mengaturnya.
  • Harta yang kita miliki akan menjadi ganjaran pahala bagi kita bijak mengamalkannya dijalan Allah, walaupun roh dan jasad sudah terpisah jauh. 


Kekayaan Paling Sempurna Itu Saat Iman Dan Taqwa Selalu Terpatri Didalam Hati. Ilmu Yang Menjadi Pengendali Diri
  • Kekayaan yang sempurna hadir jika kita mendekatkan diri dengan ilmu Allah. Gunakanlah harta yang ada untuk terus mencari terang dan tenang dari Allah.
Nota Kaki : Orang Melayu Kata, Dah Kaya Bolehlah Bantu Orang Miskin, Tapi, Orang Islam Kata Nak  Kaya, Bantulah Orang Miskin

Mek Ayyue,

*Si Miskin yang menulis untuk ingatan kepada diri sendiri supaya tak lupa diri jika nanti Allah s.w.t hadirkan sedikit rezeki untuk memiliki sedikit harta di dunia. Kalau Allah tak bagi pun aku bersyukur, sebab aku mampu bernafas hingga ke hari ini juga adalah rezeki. Rezeki untuk terus memperbaiki diri menjadi hamba muslim yang mukmin dan berusaha menjauhi segala larangannya dan mentaati segala perintahnya.

7 Hari Mencintai Blog..

Bismillah.. Alhamdulillah. 
Assalamualaikum sayang-sayang Allah s.w.t. sekalian.. 

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.. 


7 Hari mencintai Blog.. Mencintai dengan 7 hari membiarkan blog tanpa entry. Hahaha, mencintai apakah itu??? Gagal salah satu daripada azam tahun baru 2018 hari tu iaitu nak update blog setidak-tidaknya 1 entry sehari. hehehe, awal-awal lagi dah cheat azam tapi tak mengapalah, Sebenarnya dalam diam tak update blog tu,  sekurang-kurangnya aku dah buat banyak draf untuk aku publishkan. bukan terus menyepi . Ada masa terluang macam hari ini, aku kemaskinikan dan update lah. 




Semoga kita semua tak pernah merasa lelah dalam menjalani kehidupan ini.. Teruslah melangkah selama engkau berada di jalan yang baik, meski terkadang kebaikan tidak selamanya dihargai... Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi siapa yang mahu berbuat baik dan berubah ke arah yang lebih baik...


Prinsip yang boleh kita jadikan pegangan, Hari ini mungkin kita dianggap musuh, dihina ataupun dikeji, namun esok kita tak pasti apa akan jadi. mungkin saat itu kita akan dihormati, dikasihi dan disayangi.. 

Jika datang kepadamu gangguan, ujian dan dugaan, jangan berfikir bagaimana cara membalas dengan yang lebih pedih, tapi berfikirlah bagaimana cara membalas dengan yang lebih baik.


Teruslah berdoa dan berikhtiar.



Sibukkan diri dalam kebaikan. Hingga keburukan lelah mengikutimu.


Jom bersyukur dan fikirkan positif. 
Terima seadanya demi kebahagiaan hidup dunia akhirat

Mek Ayyue, 
*Hanya Insan Yang Lemah.. 




Mulianya Sang Hamba Berilmu


Bismillah.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat pencipta, kerana mengizinkan kita terus melangkah ke minggu ke-2 tahun 2018. Sudah di pertengahan bulan Januari. Perjuangan saya menentang sakit ini harus cekal saya hadapi dan teruskan perubatan..

Apa yang saya tak sabar ialah.. "Saya nak sambung balik pengajian saya yang tertangguh" 
Ohh sihat.. datanglah kau padaku.. 

*********************************************************************************

Sungguh beruntunglah orang-orang yang dibukakan hatinya untuk menuntut ilmu agama. Sesungguhnya menuntut ilmu itulah paling utama dituntut (lebih afdhal) daripada mencari harta kekayaan. 

Dari hujah Abdullah bin Abbas r.a berkata:

" Sebab ilmu itu warisan daripada para Nabi, sedangkan harta itu warisan firaun;

"Ilmu itu mampu menjaga dirimu, sedangkan kamu sibuk menjaga harta;

"ilmu itu tidak diberikan kecuali kepada orang orang yang dikasihinya sedangkan harta itu diberikan kepada sesiapa yang disayanginya dan juga yang tidak disayanginya, bahkan lebih banyak kepada yang tidak dikasihinya. Tidakkah kamu perhatikan ayat dari surah AZ-ZUKHRUF : 33 yang mafhumnya :
"dan sekiranya bukan kerana hendak menghindari manusia menjadi umat yaang satu (dalam kakfiran), tentulah kami buatkan bagi orang-orang kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah itu loteng-loteng perak bagi mereka dan (juga) tangga-tangga (perak) yang mereka naiki. "
"Ilmu jika diberikan kepada orang lain tidak akan berkurang bahkan bertambah, sedangkan harta jika diberikan akan berkurang ;

" Hartawan jika mati habis namanya, sedangkan seorang ilmuan jika mati tetap akan hidup namanya.

"Hartawan jika mati akan ditanya tentang tiap dirhamnya dari mana dapatnya dan kemana dibelanjakan".

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Nota Kaki: Menuntut ilmu itu penuh ujian. dan ingatlah, mencari harta juga penuh ujian, namun ilmu takkan membuatan kau miskin, tetapi harta  kekayaan paling sempurna itu saat iman dan taqwa selalu terpatri didalam hati, sebab ilmu Allah yang menjadi pengendali diri. 

Mek Ayyue, 
*sedang berusaha menambah ilmu,amal, iman, dan si miskin hina tiada berharta.


Sabtu, Januari 6

Cara Saya Hafal Makna Surah Al-Fatihah..



ASSALAMUALAIKUM,

Saya nak kongsikan satu cara yang saya gunakan dalam usaha saya untuk mudah menghafal makna surah ummul kitab, surah Al-fatihah..

Dah tua (24 tahun) baru nak hafal?? saya rasa tak salah kan kalau nak belajar.. semoga Allah meredhai usaha saya ini..

Antara cara yang saya guna ialah dengan mendengarkan lagu nasyid dari kumpulan Voice Of Ummi Feat Putri ini.. saya muat turun Mp3 ke telefon pintar dan dengarkannya berulang kali, mudah je nak ingat..

.Korang boleh download lagu ni dalam bentuk MP3 di laman web http://m.stafabanddl.info.. dan search dalam ruangan carian tajuk lagu Erti Fatihah. korang boleh pilih lagu tersebut dan tekan butang DOWNLOAD

Korang juga boleh dengar dan tengok video klip bersumberkan Youtube yang saya kongsikan di bawah.






Voices Of Ummi Feat Putri - Erti Al-Fatihah + Lirik Lagu


jom pembaca.. sama-sama kita hafal surah ini.. dan selamat beramal.

*Nota Kaki

Tak salah nak dengar lagu .. Tak salah nak feeling kesudut hati paling dalam pun.  jangan layan sampai tak peduli hal akhirat . . Tapi jangan melampau-lampau . Pilih lagu yang baik-baik , yang mampu buat diri kita muhasabah Tapi. Berpada pada okay .

Supermarket Kehidupan.


Suatu renungan..


Hidup ini seperti supermarket!
Ya...
Masuk ke supermarket.
Kamu keliling-keliling di dalamnya...
Bebas berjalan-jalan,
mengambil apa sahaja yang kamu mahukan,
melihat apa sahaja yang kamu mahu lihat,
dan membanding-bandingkan harga barangan..

Tapi ingat....!
Kamu ambil barang-barang yang ditawarkan...
Di akhir sana ada cashier yang menghitung harga apa yang kamu ambil..
Dan kau harus membayar semua yang kamu ambil itu..

Itulah kehidupan.

Nota Kaki: Dalam hidup ini, kita bebas berbuat apa sahaja mengikut kemahuan kita. namun  di akhirat kelak kita akan dipersoal segalanya. Perbuatan kita di dunia..  Apa niat kita Allah Maha Tahu..

Rabu, Januari 3

Kena Sound dengan Stalker??

Bismillah.. Alhamdulillah.. 


Selamat Pagi Rabu, 3 January 2018.
untuk pertama kali saya buka akaun facebook saya selepas telefon pintar saya hilang dicuri orang yang juga sedang diuji Allah s.w.t. keimanan nya sewaktu saya di tahan di wad. Ralat dan sedih diatas kecuaian saya menjaga telefon bimbit yang sangat banyak sentimental value nya itu..

Telefon yang menjadi saksi pelbagai suka,duka,jerih payah dan kesakitan saya. Telefon itu dihadiakan oleh seseorang yang sangat kasihi pada hari lahir saya yang ke-21. Saya tak pasti samaada bersedia untuk memaafkan pencuri itu atau tidak. tapi jika dia curi tu untuk kegunaan dia atau jual untuk kepentingan dia, saya tak reda. Jawablah dia di mahkamah Agung Allah esok.. (saya juga mendoakan diri saya sendiri agar saya mampu memaafkan awak sebelum saya mati wahai encik pencuri.).   Namun jika pencuri itu gunakan untuk membeli keperluan anaknya yang masih kecil (tidak berdosa), saya sedekahkan dan halalkan. saya doakan semoga apa yang digunakan untuk manfaat untuk anaknya itu diredhai Allah. Kalau dia curi untuk beli susu/makanan anak, mudah-mudahan ianya menjadi darah dan daging yang baik. Bercambah menjadi murabbi yang membangunkan ummah dan Islam suatu hari nanti.

Kepada Si Pencuri, awak bukan hanya mencuri telefon saya, malah awak telah memutuskan ikatan ukhwah silaturrahim saya dengan orang-orang yang saya kasihi dan orang-orang yang dah banyak tolong saya. Awak juga turut mencuri 3 draf penulisan saya yang akan menjadi sumber rezeki saya. Awak telah banyak mengilangkan gambar-gambar kenangan saya yang tak mungkin saya akan dapat balik,. dan awak mungkin juga telah merubah persepsi orang pada saya bahawa saya  seorang yang tak mengenang jasa. diam, sunyi dan menyepi bila dah dapat bantuan. sesungguhnya Aku hanya berserah padamu Ya Tuhan... jika pertemuan ukhwah kami yang lalu itu diberkati olehmu, maka kau tautkanlah kami kembali setelah aku dah dapat telefon baru nanti..

Agak lama saya menyepi dari Berblog dan berfb.. Hari ini buka FB dengan telofon subsidi (dipinjam dari nurse) dipeti mesej fb saya ada makluman 1 mesej yang tidak dibaca.. ianya dari seseorang yang bukan berada dalam friendlist saya.. Katanya berbunyi lebih kurang begini..
" Di Fb, aku pun boleh jadi suci macam malaikat, macam apa kau tulis tu, TAPI KAT FB JER PON" 
Subhanallah..  Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang tersirat disebalik kehidupan reality saya dan apa yang saya catatkan di ruangan ini.. Persoalannya, salahkan saya menulis? apakah kerana aku ini tak ada latar belakang agama , seorang sangat meminati kesusasterasan, Seorang pencinta penulisan, maka aku tak layak untuk menulis tentang kebaikkan? Hanya kerana dulu aku bukan budak sekolah aliran agama, maka aku harus mengabaikan hobi - memerhati dan lalu menulis?

Aku sedar, aku cuma manusia pendosa, aku ni umpama sebutir debut dijagat raya ilahi ini.. aku menulis bukan kerana menunjuk aku ni baik. bukan nak cakap aku ini banyak ilmu agama, Cuma nak cari sedikit saham akhirat, kalau ada yang baik kamu dapat dari sini apa yang aku tulis, semoga Allah memberikan aku ganjaran pahala serta menghapus dosa-dosa kecilku.. Itu sahaja, tiada terlintas nak suruh orang hormat aku dengan tulisan-tulisan yang aku tulis kat sini.. hanya Allah jua yang maha mengetahui diatas setiap sesuatu.. 

Kepada yang berkenaan, digalakkan bagi anda untuk block saya jika tak suka. saya juga memohon maaf seandainya apa yang telah  saya tulis disini membuatkan kamu tersentap. semoga kamu memaafkan saya.. dan catatan ini ditulis bukan kerana emosi dan dendam.. cuma sengaja saya taip, untuk dijadikan peringatan untuk diri sendiri agar lebih berhati-hati dalam menyusun aksara.. Juga untuk saya jadikan sebagai kenangan pahit-manis seorang penulis.  (saya memilih untuk tidak membalas mesej berkenaan dan tak juga screenshoot pesanan berkenaan demi menjaga aibnya)

Ya Allah, bantulah aku menuju ke jalan lurus-Mu dengan cara yang terdaya olehku.. Permudahkanlah Urusanku didunia dan akhirat.

Salam Ukhwah,
Mek Ayyue,,
* tetap akan menulis, campaklah aku kemana pun, aku tetap seorang penulis

Selamat Tahun Baru 2018


Bismillah.. 
Assalamualaikum pembaca yang budiman dan dirahmati Allah sekalian.. 
Alhamdulillah.. Syukur kerana selesai sudah perjalanan 365 hari kita ditahun 2017.. 
Jendela baru 2018 telah dibuka seluasnya, Semoga Allah s.w.t merezeki kan kepada kita 365 hari lagi untuk terus bernafas di buminya ini seterusnya melengkapkan perjalanan yang penuh liku-liku dan cabaran dengan penuh ketaqwaan, kerahmatan, kesyukuran dan kejayaan yang di idam-idamkan. 

3 January 2018, entry pertama untuk tahun ini, baru berkesempatan jari-jemariku mengetuk papan kekunci komputer.. Semoga ucapan ini tidaklah terlalu lewat ya. (Walaupun memang sudah lewat). Segala doa dan harapan saya panjatkan kepada Yang Maha Esa. Semoga dengan kedatangan tahun 2018 ini semoga saya kembali sihat untuk memulakan tugas, meneruskan perjalanan kehidupan merubah nasib diri, bayar huntan-hutang yang ada, mengejar cita-cita yang terpendam sekian lama. Semoga derita ini lekas berakhir.. 

Wаktu tеruѕ bеrlаlu, lеmbаrаn demi lеmbаrаn ѕudаh dіlеwаtі. Cоrеtаn  demi соrеtаn ѕudаh реnuhі, Satu cita-cita besar saya yang saya azamkan bermula dari tahun 2018 saya kena berjuang betul-betul.. Saya nak kumpul duit untuk menjejakkan kaki menunaikan ibadah haji di Kota Suci Baitullah, Mekah AlMukarramah.. Itulah impian saya sebelum usia saya 30 tahun. Lagi cepat lagi bagus. 6 tahun lagi utuk saya perjuangan, semoga Allah merestui niat saya ini. saya tak kisah fasal harta dan kebendaan, yang penting, saya dah sihat, boleh kerja, selesaikan hutang-hutang saya, lengkapkan pengajian yang tertangguh, dan saya nak sangat pergi menunaikan Haji.. Kawan-kawan, doakan Mek sihat ya.. 

Detik berlalu, dan hari pun selalu berganti…Fajar sentiasa menyingsing dari ufuk timur…Jejak-jejak langkah menghiasi kehidupan…Tangis serta tawa, bergulung bersama…Ada yang disebut, ada pula yang kian terlupakan…Satu lahir, maka yang lain pun pergi meninggalkan dunia fana ini…Cerita dan kesan, telah terukir abadi dalam memori tiap insan…Langkah kaki terus melangkah…Menyongsong indah dan terangnya matahari…Berharap akan dapat bertemu, dengan wujud …Semoga harapan, rasa dan cita-cita kita dimakbulkan dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t...

Selamat Tahun Baru 2018.