Rabu, Januari 3

Kena Sound dengan Stalker??

Bismillah.. Alhamdulillah.. 


Selamat Pagi Rabu, 3 January 2018.
untuk pertama kali saya buka akaun facebook saya selepas telefon pintar saya hilang dicuri orang yang juga sedang diuji Allah s.w.t. keimanan nya sewaktu saya di tahan di wad. Ralat dan sedih diatas kecuaian saya menjaga telefon bimbit yang sangat banyak sentimental value nya itu..

Telefon yang menjadi saksi pelbagai suka,duka,jerih payah dan kesakitan saya. Telefon itu dihadiakan oleh seseorang yang sangat kasihi pada hari lahir saya yang ke-21. Saya tak pasti samaada bersedia untuk memaafkan pencuri itu atau tidak. tapi jika dia curi tu untuk kegunaan dia atau jual untuk kepentingan dia, saya tak reda. Jawablah dia di mahkamah Agung Allah esok.. (saya juga mendoakan diri saya sendiri agar saya mampu memaafkan awak sebelum saya mati wahai encik pencuri.).   Namun jika pencuri itu gunakan untuk membeli keperluan anaknya yang masih kecil (tidak berdosa), saya sedekahkan dan halalkan. saya doakan semoga apa yang digunakan untuk manfaat untuk anaknya itu diredhai Allah. Kalau dia curi untuk beli susu/makanan anak, mudah-mudahan ianya menjadi darah dan daging yang baik. Bercambah menjadi murabbi yang membangunkan ummah dan Islam suatu hari nanti.

Kepada Si Pencuri, awak bukan hanya mencuri telefon saya, malah awak telah memutuskan ikatan ukhwah silaturrahim saya dengan orang-orang yang saya kasihi dan orang-orang yang dah banyak tolong saya. Awak juga turut mencuri 3 draf penulisan saya yang akan menjadi sumber rezeki saya. Awak telah banyak mengilangkan gambar-gambar kenangan saya yang tak mungkin saya akan dapat balik,. dan awak mungkin juga telah merubah persepsi orang pada saya bahawa saya  seorang yang tak mengenang jasa. diam, sunyi dan menyepi bila dah dapat bantuan. sesungguhnya Aku hanya berserah padamu Ya Tuhan... jika pertemuan ukhwah kami yang lalu itu diberkati olehmu, maka kau tautkanlah kami kembali setelah aku dah dapat telefon baru nanti..

Agak lama saya menyepi dari Berblog dan berfb.. Hari ini buka FB dengan telofon subsidi (dipinjam dari nurse) dipeti mesej fb saya ada makluman 1 mesej yang tidak dibaca.. ianya dari seseorang yang bukan berada dalam friendlist saya.. Katanya berbunyi lebih kurang begini..
" Di Fb, aku pun boleh jadi suci macam malaikat, macam apa kau tulis tu, TAPI KAT FB JER PON" 
Subhanallah..  Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang tersirat disebalik kehidupan reality saya dan apa yang saya catatkan di ruangan ini.. Persoalannya, salahkan saya menulis? apakah kerana aku ini tak ada latar belakang agama , seorang sangat meminati kesusasterasan, Seorang pencinta penulisan, maka aku tak layak untuk menulis tentang kebaikkan? Hanya kerana dulu aku bukan budak sekolah aliran agama, maka aku harus mengabaikan hobi - memerhati dan lalu menulis?

Aku sedar, aku cuma manusia pendosa, aku ni umpama sebutir debut dijagat raya ilahi ini.. aku menulis bukan kerana menunjuk aku ni baik. bukan nak cakap aku ini banyak ilmu agama, Cuma nak cari sedikit saham akhirat, kalau ada yang baik kamu dapat dari sini apa yang aku tulis, semoga Allah memberikan aku ganjaran pahala serta menghapus dosa-dosa kecilku.. Itu sahaja, tiada terlintas nak suruh orang hormat aku dengan tulisan-tulisan yang aku tulis kat sini.. hanya Allah jua yang maha mengetahui diatas setiap sesuatu.. 

Kepada yang berkenaan, digalakkan bagi anda untuk block saya jika tak suka. saya juga memohon maaf seandainya apa yang telah  saya tulis disini membuatkan kamu tersentap. semoga kamu memaafkan saya.. dan catatan ini ditulis bukan kerana emosi dan dendam.. cuma sengaja saya taip, untuk dijadikan peringatan untuk diri sendiri agar lebih berhati-hati dalam menyusun aksara.. Juga untuk saya jadikan sebagai kenangan pahit-manis seorang penulis.  (saya memilih untuk tidak membalas mesej berkenaan dan tak juga screenshoot pesanan berkenaan demi menjaga aibnya)

Ya Allah, bantulah aku menuju ke jalan lurus-Mu dengan cara yang terdaya olehku.. Permudahkanlah Urusanku didunia dan akhirat.

Salam Ukhwah,
Mek Ayyue,,
* tetap akan menulis, campaklah aku kemana pun, aku tetap seorang penulis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

assalamualaikum awak... jemput tinggalkan komen kat rumah saya ni yer.. tinggalkan emoji pon tak mengapa.. semoga ukhwah berkekalan.. dan jemput datang lagi.. jangan malu-malu yer. kita kan saudara..