Sabtu, Disember 30

5 Entry Sedang Menunggu..

Berzaman simpan entry di ruangan draf.. bila kau nak publish mek ayyue weii..???
hahaahhaa... tahun baru dah nak menjelma..  memang tak sempat untuk siapkan tahun ini.. tahun depan lah kot entry tu mek publiskan.. dugaan tahun ini...  betul-betul meruntuhkan semangat nak update blog.. insyaallah.. aku akan bangun untuk terus berjuang dengan hobi aku ni... sesungguhnya jariku menaip di blog ini demi mencari sedikit saham akhirat andainya tulisanku ini memberi panduan, pengajaran dan kesedaran kepada orang lain..
*****
Mek Ayyue..
-Doakan mek sihat yer..

Kata Murabbi

Teringat akan kata seorang murabbi :
"Apabila kamu membenci sesuatu maksiat,
jangan lupa minta pada ALLAH S.W.T.
untuk tidak menguji kamu dengan maksiat
itu."
...Wallahuallam...
🐦Semoga Allah S.w.t memandu setiap langkah kita agar hati milik-NYA ini akan terus subur dengan Cinta-NYA

Entry Terakhir.. Selamat Tinggal 2017

Bismillah..
Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan usiaku hingga ke hari ini.. Syukur Ya Allah. Ujianmu yang setitis ini mampu aku hadapi dengan antuan petunjuk dan hidayahmu. walaupun ada ketikanya berat terasa untuk memikulnya. Terima Kasih Allah, kerana mengurniakan aku kekuatan dan kesabaran ini..

Hari ini 30 Disember 2017. Terasa sungguh pantas detik waktu mengejar kita manusia sering alpa seperti aku. Ini adalah entry terakhir aku disini untuk tahun ini.. Insyaallah jika dipanjangkan usia, kita akan bertemu lagi di tahun baharu 2018 yang akan datang.. Semoga aku lebih istiqamah dalam menulis disini.. bukan nama yang aku kejar, bukan jua ingin dipandang baik..kerana jika aku meulis tentang kebaikan tak bererti aku baik.. cuma aku menulis sebagai peringatan kepada diriku sendiri.. Jika ada yang terasa dengan tulisan aku disini.. Sejuta kemaafan aku pinta..

2017 yang bakal melabuhkan tirainya.. 2017 yang penuh kedukaan, 2017 yang mengajar aku erti kesabaran, redha dan 2017 yang membawa aku kembali menjadi muslim. semoga allah ampui aku. redhai aku dan memimpin aku kejalan yang lurus..

Azam Tahun Baru? tentunya ramai yang memaang azam tahu baru, biasa lah tu kan..Aku masih menyusun azam tahun baru aku.. hehehe.. banyak sangatplanning yang nak kena buat.. kiranya macam atur semula kehidupan la selepas segala ujian yang berlaku ini telah melengah-lengahkan cita-cita aku.. boleh juga aku katakan sedikit memusnahkan hidup aku...

 untuk semua pembaca.. akudoakan kalian sentiasa berada dala limpah rahmat-Nya..

Jumpa lagi di tahun baru yang akan datang... 
2018 yang penuh cabaran dan harapan..

Sambutlah salam terakhir dariku untuk tahun ini.. 
Assalamualaikum semua??

Selamat Tinggal 2017.. 

**Aku Pendosa Ingin Ke Syurga**

“Dosa umpama pokok yang tumbuh di dalam hati. 
Semakin lama dosa itu dibiarkan tanpa dicabut keluar, 
maka semakin kuat cengkaman akar dosa itu di dalam jiwa seseorang.”
Semoga berada dalam redha Allah s.w.t...
**Aku Pendosa Ingin Ke Syurga**

SEBUAH KHABAR DUKA.. #FightLikeFikri..

Innalillahiwainnailaihirajiun.. 



Assalamualaikum untuk mu sahabat yang kini berada di alam sana. Al-Fatihah buatmu Muhamad Fikri Zahari.. kembali menghadap Rabbul Izzati. Dari Allah kita datang kepadanya jualah kita dikembalikan.
Andainya Yie tahu bertapa hibanya hati Naa ketika ini.. Log In ke Muka Buku, terpapar berita duka tentang pemergianmu.. pergi untuk selamanya.. meninggalkan Naa dan sahabat2 kita yang lain. Satu per satu Naa baca kiriman di dinding akaun Facebook Yie.. seakan tak percaya.. "Tuan Penasihat" sudah tiada lagi.. Sungguh bukan ini yang Naa doakan dan mahukan. Namun siapalah dan apalah kudrat Naa untuk melawan takdir yang ditetapkan oleh pencipta kita. Yie.. sekarang giliran Yie. Giliran Naa akan menyusul nanti.. PASTI!!
Yie, Dulu Naa pernah melahirkan rasaua kerisauan tentang KANSER... Tapi Yie beri Naa kekuatan.. "Tak semua pesakit kanser akan mati." Itulah kata-kata keramat yang keluarg dari mulut Yie.. Disini Na cuba mengambil kekuatan.. Naa cuba bersangka baik pada-Nya.. Yie pergi bukan kerana kanser yang Yie tanggung selama ini.. sebaliknya Yie pergi kerana Takdir Dan Ajal yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa kepada setiap hambanya.. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh sahabatku ini..
Naa akan ingat kata-kata Yie pada Naa.. "Sakit pun kena kuat laa.. jangan bagi orang nampak kita sakit".. Yie.. Naa cuba Yie.. Alhamdulillah Naa kuat sedikit demi sedikit.. Kagum Naa dengan Yie.. dalam kesakitan, masih mampu menasihati Naa yang dah mula "Fed-Up" dengan ubat-ubatan. Dan sesekali ada juga Naa tergelincir menyalahkan takdir. Terima kasih Yie pernah mengheret Naa dari terus berburuk sangka pada takdir. Semoga Allah ampunkan dosa Naa itu dan memberikan Yie pahala Jihad yang besar..
KINI... tinggal hanya potret dan kenangan antara kita untuk dikenang. SALAM TAKZIAH UNTUK KELUARGA FIKRI..
Yang Terasa Kehilangan,
NAA,
SAHABAT YANG MERINDUKAN SENYUM YIE YANG PENUH IKHLAS..

Entry Ini ditulis di facebook saya pada 20 Ogos 2017. di draf di blog lama. tapi tak sempat Publish.. ku tampal kembali disini.. untuk kukenang selalu.. Alfatihah buat Fikri.. 

Orang Berilmu Itu Mulia.

Bismillah.. Assalamualaiku..
Salam Penutup Tahun 2017..
Rabbi Yassir Wala T'aasir. Rabbi Tammin Bil Khair..
"Ya Allah permudahkanlah urusanku. permudahkanlah jangan disulitkan"



Sungguh beruntunglah orang-orang yang dibukakan hatinya untuk menuntut ilmu (dunia atau akhirat). Sesungguhnya ilmu itulah yang paling dituntut ( lebih afdhal) daripada mencari harta kekayaan.

Dari hujjah Abdullah Bin Abbas r.a. berkata:

" ilmu itu warisan para nabi sedangkan harta warisan firaun.
   Ilmu itu mampu menjaga dirimu , sedangkan kamu sibuk menjaga harta.
   Ilmu itu tidak diberikan kecuali kepada orang yang dikasihi-Nya sedangkan harta itu diberikan           kepada sesiapa sahaja yang disayangi-Nya atau juga kepad ayang tidak dikasihi-Nya. Nahkan lebih     banyak kepada yang tidak dikasihi-Nya."

"tidakkah kamu perhatikan SURAH AZZUKHRUF : 33 MAFHUMNYA :
" Dan sekiranya bukan kerana hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah kami buatkan bagi orang-orang kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah loteng-loteng perak dan bagi mereka dan (juga) tangga-tangga (perak) yang mereka naikki."
 " Ilmu jika diberikan kepada orang lain tidak akan berkurang bahkan bertambah sedangkan harta jika diberikan kepada orang lain akan berkurang"

"Hartawan kalau mati, habis namanya, sedangkan seorang ilmun jika mati tetap hidup namanya"

"Hartawan jika mati, akan ditanya tentang tiap dirhamnya dari mana datangnya dan kemana dibelanjakan."

***********
Mek Ayyue,
Si Ulat Buku yang belum penuh ilmu dunia dan akhirat didada..
 Insyaallah, Bakal menyambung semula pengajian bila dah sihat nanti..

gula, garam atau air kosong.. mana satu pilihanmu..



Bismilah.. Assalamualaikum...  Semoga Sentiasa berada dalam limpah rahmat-Nya..

Disaat lidahku mulai hilang deria rasa... Aku termenung seketika..
Bukan menyesali takdir ilahi, tapi mengoncang Ilusi.. Lalu ku coretkan sebuah motivasi buat diriku sendiri..

"Garam,Gula,dan Air Kosong"..
"Garam..Garam.. Garam.. Garam. .". Tiba-tiba aku teringat akan suara dari lori penjaja garam yang selalu menjaja di kampungku.. (rindu kampung)..

Hmm.... Garam!!! Boleh diumpamakan seperti masalah yang aku hadapi dalam kehidupan ini.. Apalah nikmat sesuatu hidangan yang tampak sangat menyelerakan namun bila dirasa, tawar, kurang garam. Pastinya menghampakan perut yang sedang berteriak minta diisi.Sedangkan telur dadar tanpa garam pun sudah terbantut selera kita.

Hmm.. Garam!!!. Jika terlebih garam, haa, rasakan lah merecik masinnya.. Tak sanggup oh tak sanggup hendak menelan. Peribahasa orang kampung saya "Macam Lori Garam Terbalik". Tapi, orang tua-tua cakap, kalau anak dara masak masin, itu tandanya dah sampai masa nak kahwin. Huhuhu. betul atau tidak.. aku tak pasti. tapi, jodoh,pertemuan,ajal,maut tu kan Allah yang menentukan. Bunyi macam kelakar tapi jodoh tu kan dan rezeki masing-masing itu semua allah dah tetapkan yang terbaik.. (Para pembaca yang nak kawin cepat, sila masak masin-masin ya. Tapi awas!! jika terkena penyakit darah tinggi, penulis tidak bertangungjawab)..

Ku imbas kehidupan diri ini. Sedikit permasalahan yang timbul itu menjadikan hidup ini lebih berwarna, berdikari,insaf dan bersyukur. Ada waktunya tangisan menjadi kawan, memendam rasa hati sendiri dek menjaga hati orang lain, rasa teramat kecewa namun pada Allah swt jua lah ku sandarkan segala ketentuan..

GARAM, kau mengajarku sesuatu. Jangan berlebihan dalam masalah. Umpama garam yang terlebih dalam masakan, berlebihan dalam masalah membuatkan kita hidup porak peranda. Jika ada peneylesaian yang lebih mudah, selesaikannya dengan cepat. Usah berlebihan menimbulkan masalah untuk membuktikan anda mempunyai hati waja, sebenarnya orang melihat anda sebagai kurang cerdik, menyiksa diri sendiri.

GULA.. Tentunya Gula itu manis.. Bertambah manis jika kita berjaya mengecapi kejayaan dalam kehidupan dan segala yang diimpikan menjadi kenyataan. Manisnya kejayaan itu pasti menjelma saat menoleh kembali kepada setiap kejayaan lalu. nikmatnya kejayaan dizahirkan melalui seukir senyuman.. Aku terkenang saat lalu.. nikmatnya menyedut air milo ais kegemaranku yang cukup rasa manisnya namun kini tidak lagi.. tiada lagi kemanisan yang dapat aku rasa di lidah ini..

Gula.. Manis.. Begitupun sedap jangan hanyut mengejar "kemanisan" itu. dunia itu penuh muslihat. Saat kita asyik mengejar manis kehidupan pasti pertimbangan agama kita ketepikan. Jalan kotor, tipu, rasuah, asalkan berjaya. Maka, ingatlah, bersederhanalah dalam mengejar kejayaan, kerana kejayaan di Akhirat adalah yang paling hakiki.


AIR KOSONG.. Kau umpama kehidupan ini. Kita boleh untuk terus meminumnya. Menghilangkan dahaga, namun tiada rasa. Adanya garam atau gula dalam segelas air kosong pastinya menjadikan minuman itu lebih berperisa. Garam menbuatkannya rasa masin, gula menjadikannya manis. Dengan permasalahan dan kejayaan, kehidupan kita lebih berperisa.

Kita mampu untuk  selamat dalam permainan kehidupan tanpa melibatkan diri dengan masalah dan kejayaan. Lari daripada masalah, lari daripada mengambil risiko untuk mencipta kejayaan. Rasanya seperti setiap hari anda hanya meneguk air kosong,tanpa sebarang rasa. Sekali-sekala teringin juga untuk merasa sesuatu dalam tegukan anda. Itulah peranannya gula dan garam dalam air kosong anda.


Setiap masalah dan kejayaan adalah rasa yang membuatkan kehidupan kosong kita menjadi lebih berperisa. Usah takut dengan masalah, usah gentar mengejar kejayaan. Namun, usahlah berlebih-lebih dalam kedua-duanya, kerana berlebihan itu pastinya mengundang sengsara di hujung hari. Sentiasa bersederhana dalam masalah dan kejayaan. Ibarat
garam, gula dan air kosong, itulah perisa kehidupan kita. Live GREAT, guys!

Rabu, Disember 27

ENAM PERKARA GANJIL DI AKHIR ZAMAN


Di salin dari Blog saya yang pertama: 
http://eiyuanneismail.blogspot.my/2014/05/enam-perkara-ganjil-di-akhir-zaman.html

Menurut Syihabuddin Ahmad bin Hajar al-Asqalani dalam karyanya NAshail 'Ibad (m.s 42) memaparkan sebuah hadis tentang keganjilan yang akan menimpa umat islam. sebagaimana yang diisyaratkan RAsulullah s.a.w terdapat enam perkara yang dikatakan ganjil tersebut.

Pertama :
  • Masjid Menjadi bangunan yang ganjil. bangunannya berdiri megah, didirikan dengan susah payah dan berada di tengah2 perkampungan umat islam yang padat penduduknya. Namun masyarakat di kampung tersebut enggan menunaikan solat di masjid.
Kedua :
  • Mushaf al-quran menjadi perkara ganjil. Orang berlumba2 menyimpan koleksi al-quran di rumah mereka. al-quran dibeli dgn model terbaru, berharga mahal, namun hanya dijadikan sebagai simbol kebanggan. kitab suci ini dipajang di rak2 dan jarang sekali dibaca apatah lagi dihayati makna dan kandungannya. 
Ketiga :
  • banyak orang berlumba menghafal al-quran tetapi tidak sedikit pon berlumba-lumba mengamalkan isi kandungannya.
Keempat :
  • ramai wanita solehah yang bersuamikan lelaki yang tidak taat kepada ajaran agama
Kelima : 
  • ramai lelaki soleh yang mempunyai isteri yang tidak taat kepada agama.
Keenam : 
  • orang alim (yang memahami ilmu agama) berada di tengah2 masyarakat namun masyarakat sudah enggan lagi mendengar fatwa2nya. nasihatnya dijadikan tontonan bukan tuntutan..
Sementara itu.. Imam al-Ghazali dalam karyanya Minhajul'abidin (m.s 16) memetik sabda rasulullah s.a.w yang disampaiakn kepada Harris bin Umairah.. 

" jika umurmu panjang.kamu akan mengahadapi suatu zaman yang ganjil.pada zaman tersebut.. akan ada ramai ahli yang pidto yang mahir berpidato , namun sangat sedikit sekali dari kalangan mereka yang benar2 ulama ( memahami agama dan hatinya takut kepada allah.) Pada zaman tersebut, ramai sekali orang yang memerlukan bantuan (orang miskin) namun sangat sedikit sekali orang yang mahu menolong mereka dan pada zaman tersebut keikhlasan dalam mencari ilmu sedah sirna. orang2 mencari ilmu hanya mengiku keinginan hawa nafsu belaka''
Harith ibnu 'umairah berasa hairan kemudian ia bertanay.. " ya rasulullah,bila hal tersebut akan terjadi?'' 
kemudian rasulullah menjawab " nanti apabila ibadah solat telah dimatikan (ramai orang tak bersolat dalm amalan seharian). Amalan rasuah seperti cendawan tumbuh (jual beli hukum dan jawatan) serta orang2 rela menjual agama demi kesenangan hidup di dunia semata-mata. jika keadaan tersebut terjadi sudah terjadi maka selamatkanlah diri kamu."

Sahabatku, Mari kita perhatikan dan renungkan perkara ganjil tersebut. sudahkah terjadi disekeliling kita?? jika sudah.. tiada jalan terbaik selain menyelamatkan diri kita dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar, semakin mendekatkan diri kita kepada allah s.w.tdan menjalankan segala perintahNya serta menjauhi larangnganNya.. 

" umatku tidak akan tersesat selamanya manakala ia benar2  berpegang teguh kepada kitabullah dan sunnah-sunnahku" - riwayat al-hakim
********
Mek Ayyue- 
Masih lemas dalam dunia yang pelbagai ragam ini. 

Dear Allah, Give Me A Strong Heart


Berjalanlah degan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, 
Sedekahkanlah seukir senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, 
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, 
hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kpd Allah swt walau Dia tak kelihatan. 
Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini..

Masa Yang Menanti Dirimu.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

Kata Asy-Syahid Hassan Al Banna.
Masa Itu Adalah kehidupan.

Kata pepatah menyatakan
"Masa Itu Emas" atau "time is a gold"

Hassan Basri Menyebut, "Umur adalah hari-hari yang terkumpul, apabila berlalu hari-hari itu maka terungkailah sebahagian umur kita.dan masa yang berlalu itu tak akan kembali lagi"

Yusuf al Qaradawi berkata "Sesungguhnya masa itu berlalu begitu pantas walaupun pada saat-saat bahagia kita rasakan seolah-olahnya masa begitu pantas tetapi ketika saat-saat kesedihan masa seolah-olahnya begitu lambat berlalu, pada hakikatnya masa itu terlalu pantas seperti awan yang berlalu"

Sebenarnya kehidupan kita hanya ada beberapa hari sahaja. 

Semalam - ianya terlalu berlalu pergi tidak ada apa-apa yang boleh kita lakukan melainkan penyesalan dan mengambil sebanyak mungkin pengajaran daripadanya. 

Esok - semuanya belum pasti, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. 

Hari ini yang sedang kita hadapi dan merupakan peluang dan kesempatan untuk kita memanfaatkan sebaiknya.

Dan khazanah-khazanah untuk kita bina hari esok yang cemerlang berada di tangan kita hari ini iaitu peluang dan kesempatan untuk kita rebut sebaik mungkin. Sekiranya kita mengabaikan peluang dan kesempatan yang ada ini maka kita akan menjadi manusia yang bankrup di esok hari, yang lebih malang lagi kita tidak ada apa-apa untuk hari pertemuan kita dengan Allah SWT. 'Apa-apa' yang dapat menyelamatkan kita dari Azab Allah yang maha pedih.

Sedarlah juga.. disebalik masa yang berlalu.. ada perkara-perkara yang memang sedia menanti kita.. 

5 perkara sedang menunggu kita semua..

1. malaikat maut nak ambil nyawa kita.
2. tukang mandi nak mandi dan kafankan kita.
3. malaikat Munkar dan Nakir nak soal kita.
4. kubur nak kepit kita.
5. waris nak bahagikan harta kita

Manfaatkan kehidupan kita ini.. semoga kehidupan yang indah mengakhiri kehidupan kita.. 

Ahad, Disember 24

Best nya lagu ni..

Diriku ini bukanlah gemar mendengar lagu sebenarnya, tapi bila buka radio tu dengar juga la apa yang disiarkan. baru-baru ni (sebenarnya tak de la baru kot, dah lama juga). Mek dengar lagu OST dari Filem Munafik iaitu  KALAH DALAM MENANG dinayikan oleh MAWI&SYAMSUL YUSOF. 


  • Sejujurnya saya juga tak pernah ke panggung wayang tengok cerita ni.(Saya agak ketinggalan dalam bab hiburan ni).  cuma dengar lagu je dari siaran IKIM.FM frekuensi 106.3, Johor Bahru..  lirik-liriknya sangat memberi kesan dalam jiwa saya..  bersama-sama kita hayati bait-bait dari lirik lagu ini.. 



Yo!
Ya Allah, Ya Rahim

Siapa lebih berkuasa?
Ya Allah, Ya Rahim
Kau, aku atau Dia?
Renungkan



Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang



Kemewahan diri bukanlah tanda kehebatan insan
Berteduh di bumi Tuhan
Fikirkan saat nyawa ditarik keluar badan
Tiada siapapun yang tahu rahsia Tuhan
Siapa dulu pergi dulu mungin aku, mungkin kamu
Kau katakan tunggu dulu, kau belum 50
Sedang kematian lagi mengejarmu
Kerasnya hati masih gagal mengerti
Bangunlah di malam sunyi
Bertanyakan pada Ilahi



Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang



Kalah dalam menang, hatimu takkan senang
Aku bukan hipnotis bukan juga isis
Jauh sekali ekstrimis, aku hanya optimis
Hidup sarat protwist, sama macam sarkis
Dengan Tuhanmu jangan pernah prejudis
Dalam era penuh depresi
Sebenarnya apa yang kau cari
Kononnya nak inspirasi, huh inspirasi
Tak perlu kau tercari-cari
Bangun malam tanya Ilahi
Beribu kali kau diingati
Hidayah itu milik Ilahi



Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang



Mari sini semua dengar ini cerita
Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit
Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu juga satu dakwah
Orang kita kata sakit itu bala
Tapi Islam kata sakit itu penghapus dosa
Sabarlah walaupun kau sedang kecewa
Biarkan engkau miskin harta dan kuasa
Tapi jangan kau miskin jiwa



Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya



Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang





Best kan lagu ni.. Sungguh saya terkesan dengan lagu ini.. Lagu yang menginsafkan. . saya bagi 5 bintang untuk lagu ni.. beberapa kali dengar saya sudah mampu menghafal liriknya.. liriknya sahaja ya.. haha, kalau nak ikut rendak dan melodinya memang sah ke laut laa jawabnya.

sesiapa yang ada lebihan data internet atau guna wifi pejabat tu boleh lah dengarkan dalam video dibawah ini..  



OST : FILEM MUNAFIK LAGU : KALAH DALAM MENANG ARTIS : MAWI & SYAMSUL YUSOF PENERBIT : ARTEFFECTS INTERNATIONAL PENGARAH MV : SYAFIQ YUSOF KOMPOSER :SYAMSUL YUSOF MUSIC ARRANGEMENT : ARTEFFECTS INTERNATIONAL PENULIS LIRIK : SYAMSUL YUSOF/ANWAR FAZAL





Kesilapan..


Bismillah..
Assalamualaikum Sahabat Sekalian..  semoga baik-baik sahaja pembaca disana..


#Mistake atau dalam bahasa melayu nya ialah Kesilapan...  Sudah tentunya sebagai manusia yang tak pernah sempurna, kita pernah melakukan kesilapan bukan??

Dan

Siapalah gerangan diri Mek Ayyue Si Gadis Gerimis ini tanpa melakukan kesilapan.. Sesungguhnya saya juga tak terlepas dari kesilapan..

SELAMA INI....
DIRI INI BANYAK MEMBUAT KESILAPAN.....
---------------------
Berkata sebuah hati yang masih lemah dalam mengenal erti cinta Allah s.w.t,
Masihkan Ada Kesempatan Membetulkannya??
----------------------
INSYAALLAH,
JIKA KITA KEMBALI KEPADA ALLAH.. SEGENAP HATI-HATI MANUSIA SEMUANYA BERADA DALAM GENGGAMAN ALLAH. HANYA DIA YANG MAMPU MENGEMBALIKAN KEINSAFAN dan MEMBERIKAN HIDAYAH SERTA PETUNJUK..
------------------------------
JIKA DIA TIDAK KEMBALI??
Percayalah Allah akan memberi gantian yang lebih baik untuk mendampingi hamba kesayangan -Nya. . Allah akan mengurniakan hamba yang disayanginya untuk menemani hamba yang menyayanginya..
---------------------
Sesungguhnya kami ini kepunyaan allah, dan kepada allah jualah kami kembali. Ya allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya..

Mek Yue,
Seorang Pendosa yang tak sempurna.. tapi merindukan Syurga tanpa hisab.

Assalamualaikum

5 NASIHAT IBRAHIM BIN ADHAM KEPADA ORANG YANG LUPA DIRI..


Bismillah..
Assalamualaikum..


Saudaraku muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah sekalian.. Semoga penghujung Tahun 2017 ini menjadi detik-detik yang seharusnya kita jadikan batu loncatan kearah memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik pada tahun yang akan datang.. 

Saudaraku.. Nasihat itu ibarat "UBAT", "PAHIT" jugak untuk ditelan..

Tapi demi kebaikan diri, kita tetap perlu menelan "NASIHAT" itu biarpun "PAHIT"..
Mula-mula dinasihati, kita mesti akan rasa "MARAH" bahkan "MELENTING" tak tentu pasal kan..
Tapi percayalah, akan suatu hari nanti, bila kita duduk "SENDIRIAN" dan "BERFIKIR"...
"Alangkah indahnya aku dinasihati dulu..Jika tidak kerana nasihat itu, aku tidak akan menjadi "MANUSIA" seperti hari ini.."

Mek sendiri terpaku bila membaca nasihat Ibrahin Adham ini. Jelas membawa fikiran Mek melayang jauh.. Rupanya diri ini telah banyak lupa diri.. Lupa kepada penciptaku. Ayuh saudaraku.. bersama-sama kita hayati nasihat dari IBRAHIM ADHAM yang Mek kongsikan ini.. 

1. Apabila hendak menderhaka kepada Allah, Jangan kamu makan rezeki-Nya.

  •  Aku lupa diri, dari mana aku makan, semua rezeki yang ada di bumi ini adalah rezeki


2. Apabila kamu hendak derhaka kepada-Nya, Jangan sampai kamu menginjak bumi-Nya.

  • Aku lupa diri. Segala yang ada di langit dan dibumi ini adalah milikNya, lalu dimana aku akan tinggal?


3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu maksiat sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayah-Nya sekarang cuba cari suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya kemudian di tempat itu kamu bebas buat maksiat.

  • Aku lupa diri, bagaimana aku hendak menyembunyikan diri sedangkan dia Maha Mengetahui apa sahaja yang dirahsiakan.


4. Apabila malaikat pencabut nyawa dtg hendak mencabut nyawamu, cuba minta kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat bersungguh-sungguh serta beramal soleh kerana Allah.

  • Aku Lupa Diri, walau berjuta alasan aku beri,mustahil malaikat maut menerima alasanku itu hingga aku dapat kembali bertaubat sebelum nyawaku ditarik.


5. Jika pada hari kiamat nanti malaikat Zabaniah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka usahakan untuk menolaknya."

  • Aku Lupa Diri, apa dayaku ini.. tidak mungkin aku dapat menolaknya. Sungguh aku tak mampu.
KITA INI PENTAUBAT DAN DIA MAHA MENERIMA TAUBAT.. 

--------------------------------------------
Mek Yue, 
Manusia Yang Pernah Lupa Diri.. Lupa Pencipta. 
Setitis Derita Melanda.. Segunung Kurniaannya..
Malangnya, Aku Sendiri Yang Terleka...


Khamis, Disember 21

Nota Buat Hati


Kalau merenung bulan di langit
jangan lupa rumput di bumi
sedarlah kita hanya sebutir pasir 
tatkala hati kelu dan gusar
kuatkah bahu ini untuk memikul harga kesusahan dan kepayahan
yang pasti tetap tidak setanding para nabi dan rasul.
kuatkah untuk masa sekarang?
dan masa hadapan?
benar-benar risau tidak bernoktah

siapalah kita untuk menduga masa hadapan.
Daripada ALLAH kita didatangkan, kepada ALLAH Jua lah Kita dikembalikan.

Kekalkan Di Ingatan


Sekadar Ingatan Untuk Direnungkan Bersama Sahabatku Tersayang..
🌱 SABAR ITU IMAN,
🌱 DUIT BUKAN KAWAN,
🌱 DUNIA HANYA PINJAMAN, 
🌱MATI TAK BERTEMAN.

#La Tahzan

SaudaraKu... sekadar luahan yang lahir dari genta rasa..

Sedih, sakit dan perit kita bila diluahkan pada manusia, digelarnya kita lembik. 
Dikatanya menagih simpati.
Percayalah. 
Manusia bukan pendengar terbaik. 
Mereka cuma boleh menjadi pendengar yang baik buat tempoh masa tertentu sahaja.
Hanya Allah yang boleh faham kesedihan kita. 
Mohonlah padanya..
 Hanya Allah
****
Mek Yue, 
Rasa down... 

Berpaling DariMu


Hidup ini bukan selayaknya manusia menjadi tempat pergantungan. 
Kalau sedih, cari kawan.
 Kalau marah, cari kawan.
 Kalau terluka, cari kawan.
 Sudahnya, 
Allah jadi tempelan. 
Saat semua tiada dan menjauh baru mahu tergerak hati mencari Tuhan.
 Adakah Allah cuma sandaran?"

Cantik.

Tiada Yang Indah Melainkan Ciptaan-Nya.

Bismillah..
Bismillahilladzi la yadhurru ma’asmihi syaiun fillardhi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim.“Dengan nama Allah yang bila disebut, segala  sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Assalamualaikum w.b.t..

Penghujung Disember 2017. masih berpeluang menikmati udara "percuma" yang diberikan Allah s.w.t ini.. Alhamdulillah.. Pembaca apa khabar? Mek mendoakan agar semuanya sentiasa  berada dalam perlindungan-Nya. Amin..

Semalam. Masa Mek ke cafe beli roti, tekak tak terasa nak makan nasi yang hospital sediakan.  Mek dengar ada seorang budak lelaki lebih kurang 4 atau 5 tahun macam tu lah, dia cakap dengan mak dia, "Mama, Haziq tak sabar nak masuk sekolah semula, nak jumpa Adriana, cantik kan dia Mama?"

Bercakap fasal "cantik", Mek tersenyum sendirian, Wah!! kanak-kanak sekecil itu pun tahu menilai ke"cantik"kan.. Pastinya pembaca yang Mek hargai tahu kan apa yang dimaksudkan dengan cantik itu. Perkataan yang selalu kita guna bagi menjelaskan untuk manusia, benda-benda hidup, benda-benda bukan hidupan, dan pemandangan serta alam sekitar.

Kata orang cantik itu subjektif. Pastinya rasa "cantik" itu berbeza bagi diri masing-masing bukan?
Cantik dimata kita bukan bererti cantik pada pandangan orang lain.

Termenung Mek seketika.....

Manusia ni sangat tak adil.. Kita lebih suka, sayang, dan cinta kepada benda yang "cantik" berbanding yang sebaliknya. Contohnya bunga. bukan dah tentu lah cantik kan? (ada ke bunga tak cantik? walhal bunga tahi ayam sekalipun tetap cantik). Tapi kita lupa bahawa baja yang menjadikan bunga itu "cantik adalah asalnya dari najis binatang yang menjijikkan.

Itulah insan bernama manusia, memang selalu lupa. kita selalu terlupa bahawa setiap apa yang Allah s.w.t ciptakan itu sememangnya cantik. kalau tak cantik/sempurna pun mesti ada hikmah mengapa Allah s.w.t menciptakan sedemikian. Betul tak?

Renung-renungkan menungan Mek ini dan selamat beramal. Mek menulis sekadar apa yang terenung di fikiran, juga sebagai peringatan untuk diri Mek sendiri.

Tiada yang kekal "cantik kecuali zat yang kekal abadi, Allah s.w.t.

ma'assalamah, ilalliqa'..
***
Luahan Rasa,
Mek Yue,
Yang tak cantik, tapi inilah saya, beginilah saya dan inilah apa adanya saya..


Selamat Pulang Ke Negeri Abadi, Nenda Yang Mek Kasihi..



Innalilahi wa inailahi rojiun, Sesungguhnya semua manusia yang di dunia ini pasti akan kembali padaNya.

4/9/17, 7.30 PM.. Pulangnya Allahyarham Hajah Bidah bt Ab Hamid ke sisi penciptanya Yang Maha Agung.. Sebut Sahaja Mak Aji atau Mak Su Bidah, sudah tentunya terkenal dalam kalangan peniaga lama dalam Pasar Besar Machang. 

5/9/17 , 11.30 AM, Jasadnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakat, Machang Kelantan. Disisi pusara arwah Tok Ayah, Che Mahmud Che Mad..
------------------------------
Hari ini telah genap seminggu kepulangnnya ke alam baqa'. (Saat entry ini di terbitkan ke blog, arwah nenda sudah 110 hari meninggalkan mek)..  Ada rasa rindu yang tak sudah hinggap di sanubariku.. Bagaimana mungkin air mataku tidak mengalir saat menghadiahkan bacaan Al-fatihah buatmu apatah lagi setiap kali Mek bersolat.. rindu itu pasti bertamu.. kerana nendalah yang mengajar dan membetulkan bacaan Al-Fatihah Mek.
------
"Alhamdulillahirabbil A lamin" - baca ku.
"Baca molek gak, sokmo tok betul. Tengok huruf gapo tuh.. ain.. bukey alif... Bacanya a" - tegur beliau kepadaku yang kerap kali mengulangi kesalahan sama..
-------
Beliau bukan sahaja seorang nenek bagi ku.. bahkan beliau merupan guru al-quran pertama ku sejak kecil.. beliaulah yang mengenalkan aku dengan kalimah-kalimah al-quran.. membetulkan bacaanku.. mengajarkan aku berwudhuk.. solat.. dan menegurku dalam hal berkaitan ibadah... Semoga amal kebaikannya diterima di sisiNya, kerana itulah hadiah yang selayaknya atas jasa-jasa beliau selama ini.
...
Kismis.. Oren.. Anggur Hitam.. itulah kegemaran beliau. Selalu beliau belikan untuk anak cucu dan kepada anak-anak didik yang berguru al-quran dengannya.. Oh ya.. biskut semperit, kek span(sarang semut) cik ida buat, dan ketupat juga merupakan kegemaran nenda.. pasti ku ingat selalu..
..........
Johor Bahru dan Kelantan cuma lah jarak yang memisahkan kita nenda, 8 tahun penderitaan mu berakhir sudah.. sabarnya dirimu menempuh ujian ilahi. nenda.. hanya doa dikirim dari kejauhan.. berehat lah dengan tenang.. semoga rohmu dicucuri rahmat swt. Semoga allah mengampunkan segala dosa-dosamu. Amin..
----------------------
Kehidupan bukan bermula dari kelahiran, Tidak pula berakhir dengan kematian.. Sesungguhnya kehidupan bermula dan berakhir dari kehendak Mu Tuhan.

Selamat Berkenalan Dengan Mek Ayyue Si Gadis Gerimis

ASsalamualaikum..
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah menunjuki kita semua kepada cahaya Islam dan sesekali kita tidak akan mendapat petunjuk jika Allah tidak memberi kita petunjuk,bersamalah kita berdoa kepadanya kepada-Nya agar kita senantiasa ditetapkan di atas hidayah-Nya sampai akhir hayat.

Jambangan melur karangan nak dara,
berteman arjuna ditengah laman,
salam dihulur pembuka bicara,
lafaz bismillah hamba sembahkan.


Gerangan Mek Ayyue Si Gadis Gerimis..  
Senyum tak bermakna tiada duka. senyumlah.
senyum itu "antibiotik" kepada sebuah kelukaan


Di lahirkan pada 18 April 1994 di Negeri bernama Kelantan Darul Naim.  Jajahan Machang Menyambut kelahiran seorang puteri yang bertahtakan nama Nurul Amalina Binti Muhamad Azilan dimahsyurkan oleh kedua ayah bonda yang dikasihi.. Menetap di Kampung Kemuning, Machang, Kelantan, menerima pendidikan awal di Tabika Nurul Ain,Pak Roman selama 1 tahun pada tahun 2000. Melangkah ke Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Pak Roman (2001 hingga tamat Tahun 6 (2001). Saya cuma seorang pelajar yang biasa-biasa, meminati Pidato dan gemar mendeklamasi sajak serta menulis sajak.

2007, saya melangkah ke Sekolah Menegah Kebangsaan Hamzah hingga tamat tingkatan 6 atas.. SMKH yang banyak mengajar saya tentang kepimpinan.. menganggotai badan kepimpinan pengawas (tingkatan 1-4) tidaklah banyak pengalaman yang saya dapat. Semasa menjawat jawata Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) Pra-U, disitulah kepimpinan saya mula terserlah.

Tahun 2013 saya mula menulis blog.. namun disebabkan kesuntukkan masa.. saya tak sempat nak publish draf tulisan saya di blog.. terbiar kaku di draf.menulis bila ada idea. idea tu selalunya banyak yang ditulis.. namunsekerat-sekerat. sekarang blog kedua itu tak dapat di  login. Kecewanya saya...

Saat Blog kedua ini di buat.. Kini saya telah berusia 23 tahun. Seorang penghidap kanser. dan saya berkelana merantau ke Johor Bahru, Johor mencari rezeki di bumi allah yang luas dan maha kaya ini. Pernah bertugas sebagai guru tuisyen di Syarikat Jesna Jaya, selama 1 tahun 6 bulan. Pernah bekerja di Tien Wah Press Sdn bhd. dan sekarang saya bekerja  di Percetakka Nasional Malasyia Berhad sebagai Pembantu Teknikal Engineering..

Nahagia dengan kehidupan sekarang, Allah uji tanda dia sayang kita kan.. Untuk semua pembaca budiman..  Tidak penting siapa diri ini,, Diri ini hanya seorang pendosa yang berharap jejak tulisan ini bisa menjadi pemberat kebaikan,ketika tiba saatnya dimana diri ini akan mempertanggungjawabkan semuanya...

ilalliqa'.. 
****
Mek Ayu,
Suka Senyum, dan menjalinkan ukhwah persahabatan..
semoga Ukhwah kita terbina disini..

Selasa, Disember 19

Selamat Datang Ke Catatan Mek Ayyue Si Gadis Gerimis


Assalamualaikum sahabat-sahabat pembaca yang budiman, 
bakal penghuni kekal syurga Allah SWT Yang Maha Agung.. 

Subhanallah..Maha Suci Allah,  
Alhamdulillah.. Segala Puji Bagi Allah
 Laailaahaillalah.. Tiada Tuhan Selain Allah
Allahuakhbar.. Allah Maha Besar..
Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim..
 tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.

Sungguh sukar bagi Mek untuk buka halaman blog baru ini..Dengan nafas terhela panjang dan kalimah mulia "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" 
Mek rasmikan Blog Catatan Si Gadis Gerimis ini.. 
Walau sesekar mana Mek tetap kena terima kerana blog lama itu tak dapat di Login atas
kesilapan Mek sendiri yang entah dimana silapnya. puas mencuba namun blog yang Mek sayangi itu tak dapat juga di login.. Sedih sungguh. (blog tu mungkin merajuk sebab Mek jarang update entry kat situ kot) huhuhu..  

Ini adalah halaman Mek yang terdahulu.. 
(boleh tak mek ucapkan selamat tinggal sayang untuk blog tu) 
Eh.. Tak boleh.. Tak boleh..nak pindah dari rumah sewa pun terasa sukar kaki
 ini melangkah. apatah lagi blog lama Mek yang banyak menemani Mek melukiskan karya. yang mek kesalkan.. banyak entry tersimpan di draf namun tak sempat di publish.. sekarang tak dapat nak buka draf tu. sebabtu la blog tu suram.. haha..Mek busy tak sempat nak publish. menaip pun sikit-sikit je. 




Sebenarnya dah 3 tahun menulis blog... sejak April 2013. masa tu masih menuntut di PraUniversiti SMK Hamzah 1 Machang.. 


Hari ni, 19 Disember 2017,Mek mula buka halaman blog baru ni.. 
(Amboi.. mentang-mentang nak sambut tahun baru blog pon nak yang baru jugak).
Bukan macam tu.. Sebenarnya. Mek masih sayang kat blog tu. Hobi Mek menulis.. bila dah tak boleh login maka terpaksa la Mek pindah sini..  
Semoga dan adanya Blog baru ni.. Mek berazam untuk selalu update entry kat sini..  semoga Allah mempermudahkan urusan Mek.  

Oh! Ya.. Sahabat2 Mek dijemput untuk hadir memeriahkan blog Mek ni ya.. Disini sahaja untuk kali ini. Nanti kita berkenalan di  entry kedua yang akan Mek nukilkan dalam masa terdekat..  
Salam UkhwaUntuk Semua.. 
Salam Persahabatan dan Salam Sayang..