Sabtu, Disember 30

gula, garam atau air kosong.. mana satu pilihanmu..



Bismilah.. Assalamualaikum...  Semoga Sentiasa berada dalam limpah rahmat-Nya..

Disaat lidahku mulai hilang deria rasa... Aku termenung seketika..
Bukan menyesali takdir ilahi, tapi mengoncang Ilusi.. Lalu ku coretkan sebuah motivasi buat diriku sendiri..

"Garam,Gula,dan Air Kosong"..
"Garam..Garam.. Garam.. Garam. .". Tiba-tiba aku teringat akan suara dari lori penjaja garam yang selalu menjaja di kampungku.. (rindu kampung)..

Hmm.... Garam!!! Boleh diumpamakan seperti masalah yang aku hadapi dalam kehidupan ini.. Apalah nikmat sesuatu hidangan yang tampak sangat menyelerakan namun bila dirasa, tawar, kurang garam. Pastinya menghampakan perut yang sedang berteriak minta diisi.Sedangkan telur dadar tanpa garam pun sudah terbantut selera kita.

Hmm.. Garam!!!. Jika terlebih garam, haa, rasakan lah merecik masinnya.. Tak sanggup oh tak sanggup hendak menelan. Peribahasa orang kampung saya "Macam Lori Garam Terbalik". Tapi, orang tua-tua cakap, kalau anak dara masak masin, itu tandanya dah sampai masa nak kahwin. Huhuhu. betul atau tidak.. aku tak pasti. tapi, jodoh,pertemuan,ajal,maut tu kan Allah yang menentukan. Bunyi macam kelakar tapi jodoh tu kan dan rezeki masing-masing itu semua allah dah tetapkan yang terbaik.. (Para pembaca yang nak kawin cepat, sila masak masin-masin ya. Tapi awas!! jika terkena penyakit darah tinggi, penulis tidak bertangungjawab)..

Ku imbas kehidupan diri ini. Sedikit permasalahan yang timbul itu menjadikan hidup ini lebih berwarna, berdikari,insaf dan bersyukur. Ada waktunya tangisan menjadi kawan, memendam rasa hati sendiri dek menjaga hati orang lain, rasa teramat kecewa namun pada Allah swt jua lah ku sandarkan segala ketentuan..

GARAM, kau mengajarku sesuatu. Jangan berlebihan dalam masalah. Umpama garam yang terlebih dalam masakan, berlebihan dalam masalah membuatkan kita hidup porak peranda. Jika ada peneylesaian yang lebih mudah, selesaikannya dengan cepat. Usah berlebihan menimbulkan masalah untuk membuktikan anda mempunyai hati waja, sebenarnya orang melihat anda sebagai kurang cerdik, menyiksa diri sendiri.

GULA.. Tentunya Gula itu manis.. Bertambah manis jika kita berjaya mengecapi kejayaan dalam kehidupan dan segala yang diimpikan menjadi kenyataan. Manisnya kejayaan itu pasti menjelma saat menoleh kembali kepada setiap kejayaan lalu. nikmatnya kejayaan dizahirkan melalui seukir senyuman.. Aku terkenang saat lalu.. nikmatnya menyedut air milo ais kegemaranku yang cukup rasa manisnya namun kini tidak lagi.. tiada lagi kemanisan yang dapat aku rasa di lidah ini..

Gula.. Manis.. Begitupun sedap jangan hanyut mengejar "kemanisan" itu. dunia itu penuh muslihat. Saat kita asyik mengejar manis kehidupan pasti pertimbangan agama kita ketepikan. Jalan kotor, tipu, rasuah, asalkan berjaya. Maka, ingatlah, bersederhanalah dalam mengejar kejayaan, kerana kejayaan di Akhirat adalah yang paling hakiki.


AIR KOSONG.. Kau umpama kehidupan ini. Kita boleh untuk terus meminumnya. Menghilangkan dahaga, namun tiada rasa. Adanya garam atau gula dalam segelas air kosong pastinya menjadikan minuman itu lebih berperisa. Garam menbuatkannya rasa masin, gula menjadikannya manis. Dengan permasalahan dan kejayaan, kehidupan kita lebih berperisa.

Kita mampu untuk  selamat dalam permainan kehidupan tanpa melibatkan diri dengan masalah dan kejayaan. Lari daripada masalah, lari daripada mengambil risiko untuk mencipta kejayaan. Rasanya seperti setiap hari anda hanya meneguk air kosong,tanpa sebarang rasa. Sekali-sekala teringin juga untuk merasa sesuatu dalam tegukan anda. Itulah peranannya gula dan garam dalam air kosong anda.


Setiap masalah dan kejayaan adalah rasa yang membuatkan kehidupan kosong kita menjadi lebih berperisa. Usah takut dengan masalah, usah gentar mengejar kejayaan. Namun, usahlah berlebih-lebih dalam kedua-duanya, kerana berlebihan itu pastinya mengundang sengsara di hujung hari. Sentiasa bersederhana dalam masalah dan kejayaan. Ibarat
garam, gula dan air kosong, itulah perisa kehidupan kita. Live GREAT, guys!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

assalamualaikum awak... jemput tinggalkan komen kat rumah saya ni yer.. tinggalkan emoji pon tak mengapa.. semoga ukhwah berkekalan.. dan jemput datang lagi.. jangan malu-malu yer. kita kan saudara..